Berita Harian

Harap tuah lagi pertahan kejuaraan

-

Kuala Lumpur: Jaguh India, Shubhankar Sharma mengharapk­an Kejohanan Golf Maybank yang menyingkap tirainya di Saujana Golf & Country Club, esok akan membawa tuah sekali lagi kepada dirinya selepas mengharung­i permulaan perlahan pada tahun ini. Kejohanan ini meninggalk­an kenangan manis buat pemain berusia 22 tahun itu apabila menyaksika­n dia bergelar juara pada musim lalu.

Katanya, apa yang dilalui musim ini tidak ubah seperti musim lalu apabila dia gagal bermula dengan baik tetapi prestasiny­a berubah selepas memenangi Kejohanan Golf Maybank.

“Saya akui prestasi di awal musim ini tidak begitu baik. Secara jujur sudah tentu saya mahu memulakan kempen musim ini dengan prestasi yang cemerlang.

“Tapi sukan golf memerlukan sesuatu yang tepat dan sempurna. Perkara kecil kadang-kadang boleh menjejaska­n rentak permainan.

Bermula dengan baik

“Sebab itu, saya berharap segalagala­nya akan bermula dengan baik di kejohanan ini. Saya melalui situasi sama tahun lalu tetapi selepas memenangi Kejohanan Maybank segala-galanya berubah selepas itu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Selain Sharma, saingan bernilai AS$3 juta (RM12.2 juta) itu turut menampilka­n barisan pemain ternama dunia. Antaranya Scott Hend (Australia), David Lipsky (Amerika Syarikat), pemain veteran Thailand, Thongchai Jaidee serta jaguh golf negara, Gavin Kyle Green.

Edisi keempat Kejohanan Golf Maybank yang membabitka­n 156 pemain dari Jelajah Asia dan Eropah itu akan berlangsun­g selama empat hari sehingga Ahad ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia