Berita Harian

Ahmad Fazli beralih angin

Kini bimbing pelumba muda bersama Obert dalam ONEXOX TKKR SAG Team

-

AFazli Sham mempunyai hampir 20 tahun pengalaman dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS namun bagi musim ini, sudah tiba masa untuk dirinya menceburi karier baharu dalam pasukan ONEXOX TKKR SAG Team dengan pembuka tirai kempen 2019 dijadual berlangsun­g di Jasin, Melaka 23 dan 24 Mac ini.

Dia bakal menggalas tugas baharu selaku jurulatih pelum- hmad

(gambar)

ba muda bersama jurulatih utama pasukan, Rosnizam Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Obert selain membantu tugas kejurutera­an dan teknikal ketika perlumbaan.

“Saya rasa kini sudah tiba masanya untuk saya mengundurk­an diri dari arena Kejuaraan Cub Prix selepas berbelas tahun beraksi,” katanya yang berusia 37 tahun itu.

“Kalau diikutkan memang saya mahu lagi berlumba tetapi saya perlu akur kudrat saya tidak seperti dahulu, ditambah pula untuk bersaing dengan pelumba muda yang lebih agresif dan bertenaga. Namun saya gembira dengan tanggungja­wab diberikan oleh pasukan. Saya akan mencurahka­n pengalaman saya bersama Obert untuk membimbing barisan pelumba muda dan berharap gandingan kami dapat melahirkan juara untuk pasukan ini.”

Mahu curah pengalaman

Juara Expert 2007 dan 2008 itu bagaimanap­un akan terus mewakili pasukan di pentas Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) dalam kelas Underbone 150cc.

Fazli memulakan karier seawal tahun 2001 sebagai pelumba persendiri­an sebelum dilamar pasukan Maju Motor pada 2003. Sepanjang kariernya, Fazli hanya pernah berpindah ke pasukan Fastrac Racing pada 2011 sebelum kembali ke pangkuan Maju Motor pada tahun berikutnya.

Untuk cabaran tahun 2018, Fazli dilamar pasukan TKKR dan menamatkan saingan di tangga ke-16 keseluruha­n.

“Banyak kejayaan yang sudah dicapai sepanjang pembabitan saya di dalam Kejuaraan Cub Prix. Saya juga adalah antara pelumba yang sempat bersaing dengan semua generasi pelumba sepanjang 25 tahun penganjura­n Cub Prix. Sudah tiba masanya untuk saya mencurahka­n pengalaman yang ada kepada generasi muda hari ini.”

Selain bergelar juara Expert pada tahun 2007 dan 2008, Fazli pernah meraih gelaran keseluruha­n dalam kelas Underbone 125cc (2 lejang) pada 2004 dan 2005.

Dia juga pernah menyertai Program Wildcard Malaysia pada tahun 2009 serta memegang rekod pelumba yang paling banyak memenangi perlumbaan kelas perdana Kejuaraan Cub Prix (Expert, CP130 dan CP150) dengan 21 kemenangan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia