Berita Harian

Kejohanan dipertingk­at selaras kedudukan

-

Ipoh: Kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah akan dipertingk­atkan lagi agar lebih berprestij selari dengan tarafnya sebagai kejohanan jemputan tertua di dunia.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri akan terus memperheba­tkan lagi kejohanan itu yang sekali gus memperkena­lkan Perak di mata dunia.

“Ini adalah kejohanan paling lama yang pernah diwujudkan di dunia dan tentunya ia mempunyai prestij tersendiri. Kejohanan ini memang dinantinan­tikan oleh pasukan hoki elit dunia.

“Sasaran kita adalah untuk terus memperheba­tkan prestij kejohanan sekali gus memperkena­lkan Perak ke segenap pelusuk dunia,” katanya dalam sidang media majlis pelancaran Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-28 di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Belia, Sukan dan Modal Insan negeri, Howard Lee Chuan How dan Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola Kejohanan merangkap Ahli Jawatankua­sa Eksekutif Hoki Asia, Datuk Abd Rahim Mohd Ariff.

Disertai enam negara

Ahmad Faizal berkata edisi Piala Sultan Azlah Shah kali ini disertai enam negara termasuk Malaysia, India, Kanada, Korea Selatan, Jepun dan Poland.

“Kita juga mahu memperkena­lkan atau mempopular­kan lagi sukan hoki ini dikalangan generasi muda, manakala bagi pasukan pula kita harap dapat menjuarai kejohanan ini buat pertama kali, namun paling penting memberi persembaha­n terbaik.

“Saya harap orang ramai akan berpusu-pusu datang ke Stadium Hoki Sultan Azlan Shah kerana masuk adalah percuma,” katanya.

Ahmad Faizal berkata, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke perlawanan akhir kejohanan pada 30 Mac ini.

 ?? [FOTO ABDULLAH YUSOF / BH] ?? Ahmad Faizal (tengah) menampal pelekat Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-28 pada kenderaan petugas di Hotel Impiana, Ipoh.
[FOTO ABDULLAH YUSOF / BH] Ahmad Faizal (tengah) menampal pelekat Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-28 pada kenderaan petugas di Hotel Impiana, Ipoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia