Berita Harian

Cheng Hoe fokus menang

Skuad Harimau Malaya sudah sedia kecewakan Singapura

- Oleh Mohd Fitrie Muhamad

Perseterua­n antara Malaysia dengan Singapura sentiasa menarik untuk disaksikan dan faktor itu dilihat bakal jadi tarikan utama pertembung­an kedua-dua pasukan dalam saingan Piala Airmarine di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Menyedari situasi itu, pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe hanya mahu anak buahnya fokus kepada permainan 90 minit tanpa memikirkan perkara lain.

“Walaupun ada muka baharu dalam skuad kali ini, kita kena kekalkan cara kita main pada aksi sebelum ini. Semua pemain berada dalam keadaan bersedia untuk menghadapi perlawanan ini.

“Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) juga sudah turun berlatih. Jadi kami perlu fokus kepada 90 minit permainan tanpa ada berlakunya sebarang insiden,” katanya ketika sidang media di sini, semalam.

Perbaiki ranking

Kelmarin, Mat Yo terpaksa disisihkan daripada latihan pasukan susulan demam panas, namun keadaan penyerang berpengala­man negara itu bertambah baik untuk membantu melaksanak­an perancanga­n bakal diatur Cheng Hoe.

Tumpuan skuad negara kini menjurus untuk cuba menjuarai edisi sulung Piala Airmarine bagi memperbaik­i kedudukan Harimau Malaya dalam ranking dunia Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA).

Skuad negara kini cuba memintas Singapura untuk berada di tempat ke-34 di Asia bagi mengelak daripada beraksi pada pusingan playoff kelayakan Piala Dunia 2022.

Malaysia ketika ini menduduki setakuk di atas berbanding jirannnya itu. Pada peringkat dunia pula, Singapura berada pada ranking ke-165, manakala Malaysia ke-167.

“Setiap perlawanan adalah penting, namun kami tetap menghormat­i siapa saja lawan kami. Tumpuan sentiasa ada, namun saya hanya mahu fokus kepada perlawanan tanpa memikirkan soal lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia