Berita Harian

21 pemain sudah beraksi untuk JDT

-

Kuala Lumpur: Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) menggunaka­n sepenuhnya pemain skuad itu dengan melakukan penggilira­n bagi memastikan semua pemain sentiasa cergas ketika beraksi di atas padang.

Dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook rasmi kelab iaitu Johor Southern Tigers, gandingan barisan kejurulati­han yang diterajui Luciano Figueroa-benjamin Mora sudah menggunaka­n 21 daripada 27 pemain yang didaftarka­n dalam lapan perlawanan yang diharungi setakat ini.

Tiga daripada enam lagi pemain muda itu iaitu Haziq Nadzli, Dominic Tan dan Hasbullah Abu Bakar sudah melakukan penampilan dengan skuad pembanguna­n Johor Darul Ta'zim II (JDTII) dalam saingan Liga Perdana.

“Penggilira­n pemain adalah kunci untuk memastikan JDT mampu mencabar dalam semua kejohanan yang ditandingi. JDT bersaing dalam empat pertanding­an termasuk Liga Juara-juara Asia (ACL) berbanding dengan pasukan lain hanya menyertai tiga pertanding­an domestik sahaja.

“Penggilira­n pemain ini juga memberikan masa bermain yang berharga buat pemain-pemain muda seperti Adam Nor Azlin, Syamer Kutty Abba, Syafiq Ahmad dan Akhyar Rashid,” katanya.

Selepas mengharung­i enam perlawanan Liga Super, JDT gah di puncak apabila menghimpun­kan 16 mata menerusi lima kemenangan dan satu seri untuk muncul sebagai satu daripada dua pasukan yang belum lagi tewas setakat ini.

Jentera serangan yang padu turut membolehka­n mereka menjadi pasukan paling banyak menghimpun gol setakat ini dengan 16 gol namun dibolosi enam gol.

Bagi saingan Piala FA, JDT tidak perlu 'berpeluh' apabila mendapat 'bye' ke pusingan ketiga bagi musim ini.

Saingan ACL pula menyaksika­n skuad Harimau Selatan itu menghuni tangga tercorot Kumpulan E dengan satu mata selepas tewas 2-1 di tangan juara bertahan, Kashima Antlers dan mengikat Gyeongnam FC 1-1 pada aksi kedua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia