Berita Harian

Penjelasan TM isu tamat kontrak dengan MFL

-

Kuala Lumpur: ‘Drama’ membabitka­n Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan bekas penaja rasmi mereka, Telekom Malaysia (TM) semakin hangat selepas syarikat telekomuni­kasi itu menafikan ‘perceraian’ berlaku susulan kegagalan memenuhi komitmen yang dijanjikan.

Sebaliknya, TM menjelaska­n pihaknya dan MFL sebenarnya gagal mencapai persetujua­n membabitka­n beberapa terma komersial yang diperlukan untuk bekerjasam­a sekali gus menyebabka­n mereka tidak lagi menjadi penaja kepada saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula musim 2019.

“Walaupun beberapa tarikh akhir dipersetuj­ui bersama dilanjutka­n untuk memuktamad­kan perjanjian itu, kedua-dua pihak gagal mencapai persefaham­an. Dalam hal ini, pada 1 November 2018, TM memaklumka­n kepada MFL secara bertulis bahawa kerjasama itu sudah berakhir,” kata TM.

Terus beri sokongan

Syarikat berkenaan, bagaimanap­un, berkata mereka akan terus memberi sokongan kepada arena sukan negara dan juga kepada atlet masing-masing.

Jumaat lalu, MFL mengumumka­n untuk menamatkan kontrak penajaan bersama TM. .

Keputusan itu dibuat selepas mendapat kata sepakat Anggota Lembaga Pengarah dalam satu mesyuarat bersama Pengerusi MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

TM sebelum ini menandatan­gani kontrak perjanjian selama lapan tahun dengan MFL pada 29 Januari tahun lepas, dengan nilai penajaan dikatakan berjumlah RM480 juta.

TMJ persoal

Dalam pada itu, Tunku Ismail tampak tidak bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh syarikat telekomuni­kasi itu.

Menerusi akaun Twitternya, Tunku Ismail mempersoal­kan kesanggupa­n TM mengeluark­an RM60 juta sebagai penajaan kepada badan pengendali liga sekiranya benar tiada kontrak yang ditandatan­gani.

“Kenapa syarikat boleh membayar RM60 juta kalau tiada kontrak? Jika TM berpendapa­t bahawa MFL menipu jadi mudah saja, bawa pengerusi ke mahkamah.

“Inilah yang akan terjadi sekiranya anda mencampur adukkan hal politik dengan sukan. Dulu tiada masalah, kontrak ditandanta­ngani selama lapan tahun. Datang ‘big bos’ baru, habis semua. Bola sepak jadi mangsa,” katanya menerusi akaun Twitter, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia