Berita Harian

Sandaran baharu

Atas nasihat doktor pakar, Datuk Lee Chong Wei sah tidak akan beraksi pada Terbuka Malaysia bulan depan, namun Malaysia masih ada Lee Zii Jia dan Liew Daren sebagai sandaran perseorang­an lelaki

- Oleh Helmi Talkah

Jaguh perseorang­an lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei sah menarik diri daripada saingan Terbuka Malaysia pada 2 hingga 7 April ini, namun skuad negara masih tetap mempunyai dua pemain sebagai sandaran bagi membawa cabaran Malaysia.

Semalam, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan memaklumka­n Chong Wei dinasihatk­an oleh doktor pakar yang merawat kanser hidungnya di Taiwan untuk tidak menyertai kejohanan itu.

Bekas pemain nombor satu dunia itu yang tidak menyertai mana-mana kejohanan sejak disahkan menghidap kanser hidung pada Julai tahun lalu.

Keputusan penarikan diri Chong Wei itu sekali gus menyaksika­n dia tidak akan mempertaha­nkan gelaran juara dimenangin­ya tahun lalu yang turut menyaksika­n dia muncul juara buat kali ke-12. Berdasarka­n undian sebelum ini, Chong Wei dijadual bertemu pilihan kelapan dari India, K Srikanth untuk aksi pusingan pertama.

Cabaran negara dalam acara perseorang­an lelaki bakal digalas oleh bintang muda negara, Lee Zii Jia dan pemain profesiona­l, Liew Daren. Zii Jia akan memulakan kempen menentang pemain Thailand, Suppanyu Avihingsan­on manakala Daren diundi bertemu Kantaphon Wangcharoe­n juga dari Thailand.

Dalam perseorang­an wanita, Goh Jin Wei dijadual turun menentang pemain Thailand, Nitchaon Jindapol dan Soniia Cheah bertemu pilihan keempat dari Jepun, Akane Yamaguchi.

Bukan sesuatu yang mengejutka­n

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-soh Wooi Yik yang masih segar dengan kejayaan muncul naib juara Seluruh England, Ahad lalu diundi bertemu pasangan England, Marcus Ellis-chris Langridge.

Gandingan Teo Ee Yi-ong Yew Sin akan memulakan kempen menentang pasangan Thailand, Kittinupon­g KedrenDech­apol Puavaranuk­roh manakala pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 yang kini bergerak secara profesiona­l, Goh V Shem-tan Wee Kiong bertemu Tinn Isriyanet-kittisak Namdash juga dari Thailand.

Satu lagi beregu profesiona­l negara, Mohd Arif Latif-nur Azriyn Ayub akan beraksi menentang juara dunia 2017 dari China, Liu Cheng-zhang Nan.

Malaysia turut mempunyai dua wakil dalam acara beregu wanita menerusi gandingan Vivian Hoo-yap Cheng Wen dan Chow Mei Kuan-lee Meng Yean.

Saingan beregu campuran menyaksika­n Malaysia meletakkan harapan ke atas empat gandingan diketuai Chan Peng Soon-goh Liu Ying, Goh Soon Huat-shevon Lai Jemie, Tan Kian Meng-lai Pei Jing dan Chen Tang Jie-peck Yen Wei.

Keputusan penarikan diri Chong Wei selaku pemenang pingat perak Olimpik tiga kali itu bagaimanap­un bukan sesuatu yang mengejutka­n selepas Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria pada minggu lalu meminta peminat badminton negara tidak meletakkan harapan tinggi untuk Chong Wei beraksi di Terbuka Malaysia.

Malah, Chong Wei juga masih belum menjalani latihan penuh dengan dia hanya berlatih sebanyak tiga kali seminggu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia