Berita Harian

HIDDINK ‘GEGAR’ SHAH ALAM

Bimbing China kelayakan B-23 AFC

- Oleh Syafiq Aznan

Kuala Lumpur

Melihat kepada profil jurulatih pasukan China, sukar untuk menolak betapa pasukan terbabit dilihat sebagai pilihan untuk mengunggul­i Kumpulan J pada saingan pusingan kelayakan bawah 23 (B-23 Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2020 yang akan bermula, di Shah Alam, pada Jumaat ini.

Mana tidaknya, pasukan itu kini dikendalik­an jurulatih berprofil tinggi daripada Belanda, Guus Hiddink yang bukanlah jurulatih sebarangan dan memiliki reputasi yang hebat di benua Eropah.

Pernah mengendali­kan beberapa pasukan ternama seperti PSV Eindhoven, Real Madrid dan Chelsea serta pasukan antarabang­sa seperti Korea Selatan, Australia dan Russia, sudah tentu pengalaman luas memberikan banyak kelebihan buat jurulatih berusia 72 tahun itu.

Namun di sebaliknya reputasi gah itu, pengendali skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee dilihat tidak gentar dengan Hiddink sambil menegaskan kejayaan bergantung kepada kesungguha­n pemain yang akan beraksi di atas padang.

Harus siap sedia

“Sebelum ini sama ada di peringkat B-23 mahupun senior, China pernah dikendalik­an jurulatih bernama besar namun keputusan dilihat masih lagi belum berpihak kepada mereka.

“Bagi saya, lebih penting supaya kita lebih fokus kepada apa yang ingin kita lakukan daripada memikirkan mengenai jurulatih mahupun pembantu jurulatih pasukan lawan.

“Kita harus bersiap sedia sepenuhnya kerana aksi kelayakan ini sememangny­a penting untuk kita mendapat tiket beraksi di AFC tahun hadapan,” katanya.

Sebagai rekod, aksi Kumpulan J akan berlangsun­g di Stadium Shah Alam yang menyaksika­n Malaysia akan bertemu Filipina, Jumaat ini manakala Laos pada Ahad sebelum bertemu China pada aksi terakhir, Selasa ini.

Slot bakal menjadi milik 11 juara setiap kumpulan dan empat pasukan tempat kedua terbaik akan melayakkan diri ke saingan Kejuaraan B-23 AFC 2020 yang akan berlangsun­g di Thailand.

 ??  ?? Guus Hiddink
Guus Hiddink
 ??  ?? Ong Kim Swee
Ong Kim Swee
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia