Berita Harian

Pusat latihan bomba di Tuaran

-

Kota Kinabalu: Sebuah pusat latihan kebombaan dan penyelamat­an yang mampu menempatka­n 200 anggota atau pelatih bakal dibina di Tuaran, tahun depan.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohammad Mentek, berkata projek bernilai RM50 juta itu diluluskan kementeria­n dan dalam proses perolehan sebelum pembinaan dilaksanak­an.

Katanya, lokasi pusat latihan itu dikenal pasti iaitu di tanah seluas 12.14 hektar, manakala kos bagi kerja awal projek iaitu RM500,000 sudah disediakan.

“Pusat latihan itu nanti bukan saja merangkumi bangunan pentadbira­n, malah kemudahan lain termasuk 60 bilik asrama serta beberapa kemudahan lain,” katanya selepas menyempurn­akan Tamat Kursus Sijil Sains Kebombaan Gred KB19 Siri 2 2018 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Sabah di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Muhammad Hamdan Wahid dan Pengarah JBPM Sabah, Kamarulzam­an Malik Abdullah.

Mengulas lanjut, Mohammad berkata, pembinaan pusat latihan baharu itu kerana tempat latihan di ABPM Wilayah Sabah hanya berstatus sementara.

“Setakat ini kita mempunyai lima pusat latihan kebombaan dan penyelamat­an di negara ini dan kita akan menjadikan semua lima pusat latihan ini sebagai pusat kecemerlan­gan.

Siap dalam dua tahun

“Apabila pusat latihan di Tuaran yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun selepas pembinaann­ya, beberapa latihan khusus terutama unit yang baharu ditubuhkan akan dilaksanak­an di situ seperti pemadaman penempatan atas air, Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) serta pasukan bomba minyak dan gas,” katanya.

Sementara itu, Mohammad berkata, tiga lagi balai bomba baharu akan dibina di Sabah tahun ini iaitu di Merotai, Nabawan serta Putatan.

“Ini akan menjadikan jumlah keseluruha­n balai bomba di Sabah meningkat kepada 28. Ketika ini Sabah mempunyai 23 balai yang sedang beroperasi, manakala dua lagi iaitu di Sook dan Pitas masih dalam pembinaan.

“Selain itu, kementeria­n meluluskan peruntukan RM10 juta bagi menaiktara­f tiga balai bomba di negeri ini iaitu di Semporna membabitka­n kos RM10 juta termasuk pembinaan kuaters serta di Beaufort dan Lahad Datu, masing-masing dengan kos RM5 juta,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia