Berita Harian

Kaji bina pusat rekaan perabot

Usaha sokong, perluas industri hiliran perkayuan Sarawak: Awang Tengah

- Oleh Melvin Joni

Sarawak merancang membangunk­an sebuah pusat rekaan perabot bagi menyokong perkembang­an sektor itu sebagai industri hiliran perkayuan negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata perkara itu kini diteliti, termasuk dalam konteks kepentinga­nnya mempelbaga­ikan variasi produk perkayuan Sarawak.

“Ia tidak hanya berperanan sebagai pusat rekaan, bahkan juga pusat penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D), selain bilik pameran dan pusat kraf berasaskan hasil hutan.

“Ini membantu mewujudkan nilai tambah kepada industri perkayuan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Lawatan ke Jakarta

Awang Tengah kini dalam rangka lawatan kerja ke Jakarta, Indonesia.

Antara tempat dilawati beliau, termasuk Pusat Pembanguna­n Rekaan Indonesia (IDDC) dan Design Developmen­t Centre (IDDC).

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Sarawak turut mengalu-alukan usahasama IDDC dengan Kerajaan Sarawak melalui Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dalam pembanguna­n pusat rekaan dirancangk­an itu.

Beliau berkata, kolaborasi antara Kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Indonesia amat diperlukan, terutama dari segi perkongsia­n kepakaran industri.

“Kita berharap dapat bekerjasam­a dengan Indonesia dalam membangunk­an industri ini ke arah sumber berpendapa­tan tinggi,” katanya.

Sempena lawatan di IDDC, Awang Tengah meluangkan masa melawat galeri produk, selain bermesyuar­at dengan perwakilan dari negara jiran itu yang diketuai Pengarah Bahagian Perkembang­an Eksport Kementeria­n Perdaganga­n Republik Indonesia, Ari Satria.

 ??  ?? Awang Tengah (dua dari kanan) mendengar penerangan ketika melawat galeri produk di IDDC, Jakarta, Indonesia.
Awang Tengah (dua dari kanan) mendengar penerangan ketika melawat galeri produk di IDDC, Jakarta, Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia