Berita Harian

‘Rezeki terpijak’ nelayan dapat pari gergasi 250kg

-

Miri: Seorang nelayan, Mazelen Wan, 34, dari Kuala Sibuti, di sini, berjaya menangkap ikan pari seberat 250 kilogram, kelmarin.

Kejayaan itu sekali gus memberikan­nya ‘rezeki terpijak’ apabila hasil tangkapann­ya itu berjaya dijual pada harga tinggi kepada peraih.

“Pada awalnya, saya cuba memukat udang halus kerana sekarang musim spesies udang berkenaan terutama di perairan wilayah utara Sarawak.

Tunda guna bot kecil

“Namun, tidak sangka saya memperoleh tangkapan besar apabila seekor ikan pari gergasi terperangk­ap dalam pukat yang dipasang,” katanya di sini, semalam.

Disebabkan saiznya besar, ikan berkenaan terpaksa ditunda menggunaka­n bot kecil ke tepi pantai sebelum dinaikkan ke darat, seterusnya dijual kepada peraih.

“Ini tangkapan terbesar pernah saya peroleh sepanjang menjadi nelayan. Pada mulanya, saya menyangka pukat penuh udang, namun selepas dinaikkan, saya terkejut mendapati ikan pari besar terperangk­ap di situ,” katanya.

Rakan bantu tarik ikan

Mazelen berkata, beliau terpaksa mendapatka­n bantuan beberapa rakan untuk menarik ikan berkenaan ke daratan.

“Di perairan Sibuti sebelum ini, memang pernah saya mendengar kisah pemancing menaikkan ikan pari besar, tetapi beratnya kurang 100 kilogram.

“Ikan pari yang saya peroleh ini adalah rekod tangkapan baharu bagi nelayan di Kuala Sibuti,” katanya.

 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA] ?? Mazelen menunjukka­n pari gergasi berjaya ditangkap di perairan Sibuti, Miri, kelmarin.
[FOTO IHSAN PEMBACA] Mazelen menunjukka­n pari gergasi berjaya ditangkap di perairan Sibuti, Miri, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia