Berita Harian

PEDULI KEMURUNGAN

Pelajar kemurungan kronik berisiko bunuh diri

- Oleh Faizatul Farhana Farush Khan ffarhana@bh.com.my

Kemurungan ialah satu bentuk masalah kesihatan mental yang menyebabka­n individu tidak gembira sehingga memberi kesan negatif kepada diri, termasuk pemikiran, perasaan, tingkah laku, percakapan dan kesejahter­aan.

Antara faktor yang menyebabka­n individu dikuasai kemurungan adalah tekanan penyakit kronik, penggunaan dadah, masalah keluarga, pengambila­n ubat tertentu dan masalah hubungan.

Sehubungan itu, BH Skor pada minggu ini mengetenga­hkan dan merungkai isu kemurungan membabitka­n remaja, bertujuan memberi pendedahan berhubung permasalah­an itu, seperti simptom, risiko serta pencegahan.

Pakar Perunding Kanan Psikiatri dan Pengarah UMCARES Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Amer Siddiq Amer Nordin, berkata remaja yang berdepan kemurungan wajib dikesan dan dirawat pada peringkat seawal mungkin bagi mengelakka­n penghidap berdepan bahaya.

Katanya, kemurungan memungkink­an remaja seolah-olah berubah menjadi orang lain, malah lebih membimbang­kan mencederak­an atau membunuh diri.

Beliau berkata, perkembang­an reaksi remaja yang sedang berubah daripada zaman kanak-kanak kepada dewasa, adakala membuatkan perasaan mereka bercelaru, terutama apabila berdepan situasi sukar.

“Kita sebagai orang dewasa biasanya memiliki pengalaman yang membantu kita menangani permasalah­an dengan baik, seperti mampu berfikir rasional, belajar daripada kesilapan individu dan mengetahui saluran boleh dirujuk apabila berdepan isu kehidupan.

“Remaja pula tidak memiliki semua itu kerana lumrah perubahan manusia,

usia mereka membuatkan mereka mudah sensitif, kurang matang dan tidak tahu bagaimana meluahkan,” katanya ketika dihubungi BH Skor.

Asingkan diri

Dr Amer Siddiq berkata, faktor itu menyebabka­n remaja rasa keseoranga­n, sekali gus berisiko memencilka­n diri atau meraih perhatian dengan cara tersendiri yang berunsur negatif.

Mengulas mengenai simptom dan kaedah pengesanan, katanya, ciri-ciri remaja yang berdepan kemurungan boleh dikenal pasti daripada dua aspek, seperti perubahan tingkah laku dan prestasi diri menurun.

Beliau berkata, perubahan tingkah laku menjadikan remaja terbabit menunjukka­n sikap berbeza berbanding kebiasaan, seperti menjadi seorang pemarah, memencilka­n diri, sensitif, mudah tersinggun­g atau agresif.

“Dari segi prestasi, mereka akan menunjukka­n penurunan mendadak dan kelihatan tidak semangat melakukan tugasan yang mustahil berlaku tanpa sebab serius.

“Kemurungan perlu diambil peduli dan dirawat sebaik mungkin kerana mempunyai implikasi terhadap kesihatan individu,” katanya.

Beri perhatian

Masalah ini, kata Dr Amer Siddiq, boleh ditangani mela- lui perhatian penuh diberikan ahli keluarga, antaranya bertanya apabila mula melihat perubahan terhadap diri remaja, mengetahui perkembang­an anak di sekolah dan merujuk kepada kaunselor.

Sikap segelintir ibu bapa yang tidak peduli, katanya, malah mencantas niat anak remaja mereka yang ingin berkongsi masalah dengan kata-kata ‘ala biasalah tu’ atau ‘ayah dan mak sibuk’, membuatkan individu lebih tertekan.

Masyarakat, terutama keluarga, tegas Dr Amer Siddiq, perlu memahami tekanan dihadapi remaja tidak sama dengan permasalah­an biasa dialami dewasa.

Dalam aspek itu, katanya, masyarakat harus meletakkan diri dalam posisi remaja supaya mereka faham isu percintaan, akademik dan persahabat­an menjadi masalah besar bagi individu berusia belasan tahun, sama seperti ibu bapa pening memikirkan ekonomi keluarga.

“Jika kemurungan remaja tidak ditangani secara berkesan, masalah ini akan melarat sehingga membawa risiko terjebak dengan dadah, mengalami skizofreni­a dan bunuh diri,” katanya.

Kempen meluas dan terperinci mengenai kemurungan perlu diadakan secara berkala di seluruh negara, membabitka­n semua peringkat usia bagi mendidik masyarakat berhubung bahayanya” Dr Amer Siddiq Pakar Perunding Kanan Psikiatri dan Pengarah UMCARES Universiti Malaya (UM)

 ??  ?? Bercakap dengan seseorang yang boleh dipercayai Lakukan aktiviti sihat seperti beriadah Dapatkan bantuan profesiona­l seperti individu terdekat, keluarga, rakan baik, guru kaunselor Elakkan pengambila­n alkoholata­udadah Amalkan gaya hidup sihat Fikir secara positif setiap masalah ada jalan penyelesai­annya
Bercakap dengan seseorang yang boleh dipercayai Lakukan aktiviti sihat seperti beriadah Dapatkan bantuan profesiona­l seperti individu terdekat, keluarga, rakan baik, guru kaunselor Elakkan pengambila­n alkoholata­udadah Amalkan gaya hidup sihat Fikir secara positif setiap masalah ada jalan penyelesai­annya
 ??  ??
 ??  ?? Tindakan awal untuk menjalani sesi kaunseling bersama pakar psikiatri mampu menjadi penawar yang membantu mengatasi masalah kemurungan pelajar.
Tindakan awal untuk menjalani sesi kaunseling bersama pakar psikiatri mampu menjadi penawar yang membantu mengatasi masalah kemurungan pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia