Berita Harian

5 strategi mantap ekonomi

Lima strategi makro diperkenal bina taraf kehidupan rakyat lebih baik

- Oleh Rohaniza Idris, Mahanum Abd Aziz, Nora Mahpar dan Hazwan Faisal Mohamad bhnews@bh.com.my

Kerajaan perkenalka­n lima strategi makro bagi meningkatk­an taraf hidup rakyat dengan memastikan tidak berlaku ketidaksei­mbangan dalam masyarakat apabila pemilik modal meraih sebahagian besar pendapatan negara, manakala pekerja hanya mendapat serpihan

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu pekerja dibayar imbuhan lebih baik jika syarikat meraih keuntungan besar, bukan sekadar meningkatk­an gaji CEO berlipat ganda

Kerajaan akan melaksanak­an lima strategi makro bagi memastikan ekonomi negara kekal berdaya tahan, yang antaranya bermatlama­t membina taraf kehidupan rakyat lebih baik, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita tidak mahukan masyarakat yang tidak seimbang di mana pemilik modal meraih sebahagian besar pendapatan negara, membiarkan pekerja dan isi rumah berpendapa­tan rendah hanya mendapat serpihan.

“Justeru, saya gesa anda semua supaya mempunyai set pemikiran seorang pemegang taruh. Bayar pekerja lebih baik jika meraih keuntungan lebih besar. Kami menyedari bahawa bayaran CEO meningkat berlipat kali ganda, namun kenaikan gaji pekerja adalah perlahan atau tidak berubah. Ini tidak betul,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaik­an ucaptama pada Invest Malaysia 2019, di sini, semalam.

Pertumbuha­n mapan, inklusif

Lima strategi makro berkenaan ialah memacu produktivi­ti di semua peringkat untuk memastikan pertumbuha­n mapan dan inklusif; menggalakk­an pelaburan berkualiti untuk menerajui pertumbuha­n ekonomi; mewujudkan inisiatif kepada industri bagi meningkatk­an rantaian nilai; memperkuku­hkan eksport untuk meningkatk­an imbangan pembayaran dan menekankan penyatuan fiskal untuk memastikan kelestaria­n dalam jangka sederhana.

Dr Mahathir berkata, fokus pertumbuha­n kerajaan ialah dalam bidang ekonomi digital, pengeluara­n dengan teknologi tinggi, kadar gaji tinggi serta kepesatan sektor perkhidmat­an.

“Kerajaan mengiktira­f kepentinga­n ekonomi digital dan infrastruk­tur diperlukan untuk berkembang. Kedua-dua syarikat besar dan kecil perlu mendepani sambungan digital, menggunaka­n analisis data dan meneroka peluang membina perniagaan digital.

“Kerajaan akan memberi galakan dan insentif kepada pelaburan dan kerjasama dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab untuk perkhidmat­an dan komunikasi digital,” katanya.

Dr Mahathir berkata, kerajaan juga menggalakk­an syarikat Malaysia untuk meningkatk­an keupayaan dalam bidang berkenaan melalui kerjasama dengan syarikat multinasio­nal dalam merealisas­ikan usaha menjadi juara global atau serantau.

Katanya, perniagaan sedemikian semakin meningkat menjadi tanpa sempadan dan syarikat perlu melihat kepada pembanguna­n skala yang hanya boleh dicapai melalui kerjasama sama ada di dalam atau luar negara.

“Bagi terus mengukuhka­n asas ekonomi Malaysia, keperluan untuk menaik taraf perindustr­ian melalui penggunaan teknologi amat penting. Ia sejajar dengan Dasar Kebangsaan mengenai Industri 4.0 (Industry4w­rd) yang dilancarka­n pada akhir tahun lalu.

“Ia memberi tumpuan kepada menggalakk­an sektor pembuatan untuk mengguna pakai sistem perkilanga­n pintar. Dasar ini menggarisk­an strategi dan pelan tindakan yang meliputi pembiayaan, infrastruk­tur, pengawalse­liaan, kemahiran dan teknologi yang akan dilaksanak­an oleh kementeria­n dan agensi yang berkaitan dengan kerjasama industri untuk menerajui pembanguna­n sektor perkilanga­n,” katanya.

Tarik pelaburan

Perdana Menteri berkata, bagi sektor perkilanga­n, kerajaan akan terus menarik pelaburan yang menawarkan nilai tambah tinggi, teknologi tinggi dan berpacukan pengetahua­n bagi melengkapk­an nilai rantaian dalam ekosistem industri bersasar.

Tumpuan industri yang terbabit katanya ialah industri aeroangkas­a, produk kimia dan kimia, mesin dan peralatan, peralatan perubatan dan elektronik dan elektrik.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan mengenal pasti industri aeroangkas­a sebagai salah satu daripada subsektor pemangkin dalam kajian semula separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11.

“Kita menyasarka­n untuk menjadi negara aeroangkas­a terkemuka di Asia Tenggara dan menjadi antara pasaran penting dalam pasaran global menjelang 2030.

“Inisiatif khusus dilaksanak­an meliputi pemudah cara industri, pembanguna­n rantaian bekalan tempatan, pembanguna­n kecekapan, penyelidik­an & teknologi (R&T) dan kerjasama antarabang­sa,” katanya.

Dr Mahathir berkata, bagi sektor perkhidmat­an, tumpuan diberikan kepada industri pelanconga­n, penjagaan kesihatan swasta dan perkhidmat­an profesiona­l, serta sektor runcit, makanan dan minuman.

“Tahun hadapan adalah Tahun Melawat Malaysia 2020 dan kami mahu ia menjadi pemangkin dalam memacu industri pelanconga­n di Malaysia,” katanya.

Saya gesa anda semua supaya mempunyai set pemikiran seorang pemegang taruh. Bayar pekerja lebih baik jika meraih keuntungan lebih besar. Kami menyedari bahawa bayaran CEO meningkat berlipat ganda, namun kenaikan gaji pekerja adalah perlahan atau tidak berubah. Ini tidak betul” Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

 ??  ??
 ?? [FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] ?? Dr Mahathir ketika sesi soal jawab selepas menyampaik­an ucaptama pada Invest Malaysia 2019, di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] Dr Mahathir ketika sesi soal jawab selepas menyampaik­an ucaptama pada Invest Malaysia 2019, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia