Berita Harian

Program Food Bank bukan ‘one-off’

Kementeria­n gerak usaha jamin kehidupan golongan sasar, mahasiswa UA

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menegaskan program Food Bank Malaysia, terutama di Universiti Awam (UA) bukan bersifat ‘sekali beri’ atau one-off, sebaliknya akan dilaksanak­an secara berterusan.

Beliau berkata, pihaknya akan terus menggerakk­an program berkenaan dalam usaha memberi impak kepada kehidupan golongan sasar, termasuk mahasiswa di UA.

“Alhamdulil­lah, kita hargai usaha pihak media yang mengangkat isu anak siswa kita bergelut dengan masalah kewangan, terutama daripada keluarga berpendapa­tan rendah.

“Ini menarik tumpuan kita mengembang­kan ‘food bank’ untuk sampai ke kampus dan kita akan teruskan,” katanya ketika berucap melancarka­n Aplikasi Mudah Alih Price Catcher di sini, semalam.

Keupayaan logistik

Katanya, program ‘food bank’ berkenaan sudah lengkap dengan keupayaan logistik, penaja, sukarelawa­n dan penerima yang dikenal pasti.

“Sehubungan itu, tidak boleh toleh ke belakang lagi. Kita sudah ada logistik, sukarelawa­n dan penerima,” katanya.

Kelmarin, Saifuddin mengumumka­n kementeria­n memutuskan untuk memperluas­kan segera program Food Bank Malaysia ke UA susulan isu golongan mahasiswa mengikat perut seperti dilaporkan BH baru-baru ini.

BH Ahad dalam laporan muka depan, sebelum ini mendedahka­n sebilangan pelajar universiti itu mengikat perut dengan hanya makan sekali sehari, kerap berpuasa dan bergantung pada sebuku roti untuk dua hari akibat kekangan kewangan.

Kesempitan hidup dialami pelajar daripada keluarga berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) itu menyebabka­n mereka terpaksa berjimat cermat demi meneruskan pengajian masing-masing.

Ini menarik tumpuan kita mengembang­kan ‘food bank’ untuk sampai ke kampus dan kita akan teruskan” Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar muka depan BH semalam.
Keratan akhbar muka depan BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia