Berita Harian

Domino’s Pizza tawar peluang kerja sambilan

-

Kuala Lumpur: Syarikat makanan segera sentiasa memberi peluang kepada pelajar untuk bekerja secara sambilan bagi meraih pendapatan untuk menampung kos kehidupan dan pengajian mereka.

Timbalan Presiden Operasi Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree Abdul Rahman, berkata syarikat menawarkan pekerjaan separuh masa kepada pelajar dengan waktu bekerja disesuaika­n mengikut jadual pengajian mereka.

“Lebih 60 peratus pekerja kami adalah pekerja sambilan dan ramai antara mereka adalah pelajar universiti dan kolej,” katanya ketika dihubungi BH semalam.

Tawar peluang lebih sesuai

Shamsul Amree berkata, Domino’s Pizza turut menawarkan pekerjaan sepenuh masa kepada pelajar universiti yang bekerja sambil belajar.

“Kita lihat ramai juga yang komited untuk bekerja sepenuh masa... Ada pengurus cawangan Domino’s Pizza yang bekerja sambil belajar, ia bergantung kepada kelas pengajian mereka,” katanya.

Shamsul Amree berkata, Domino’s Pizza turut menawarkan pekerjaan yang lebih sesuai untuk pelajar iaitu ejen panggilan jarak jauh (RCA).

Katanya, RCA adalah program perintis bagi membolehka­n ejen bekerja secara fleksibel dari rumah tanpa perlu ke pejabat.

Beliau berkata, Domino’s Pizza juga mempunyai program ‘Wecare’ iaitu bantuan makanan bulanan kepada pekerja daripada keluarga susah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia