Berita Harian

PERKESO anjur larian galak gaya hidup sihat

-

Kuala Lumpur: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) mendapati, kira-kira 73 peratus daripada pencarumny­a yang menjalani ujian saringan kesihatan dikenal pasti mempunyai tahap kesihatan semakin merosot.

Daripada jumlah itu, penyakit tidak berjangkit antara yang mencatatka­n peratusan tertinggi dengan 62 peratus mempunyai kadar kolesterol tinggi, 27 peratus tekanan darah tinggi dan sembilan peratus menghidap kencing manis manakala selebihnya masalah berat badan.

Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, berkata penyakit berkenaan adalah disebabkan gaya hidup tidak sihat dan ia menjadi antara penyebab utama kemerosota­n tahap kesihatan pekerja.

Beliau berkata, sejajar dengan matlamat PERKESO untuk menjadi organisasi yang menggalakk­an amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pekerja, satu acara ‘Labour Day Run and Ride 2019’ akan diadakan sebagai strategi mempromosi kesihatan selain menyemarak­kan sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei ini.

“Acara yang masuk tahun kelima ini dijangka mampu memberi galakan gaya hidup sihat dan mengubah persepsi pekerja mengenai pentingnya menjaga kesihatan dari awal. Ketua Eksekutif PERKESO

“Produk sihat datang daripada badan yang sihat dan badan sihat dapat menyumbang kepada produktivi­ti terbaik. Jadi, saya berharap ia dapat menarik minat semua golongan untuk melakukan aktiviti fizikal ini secara rutin,” katanya pada sidang media mengenai program berkenaan, dekat sini, hari ini.

‘Labour Day Run and Ride 2019’ akan diadakan pada 28 April ini di Dataran Putrajaya di Putrjaya, bersempena sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2019.

Acara merangkumi larian sejauh lima dan 10 kilometer (km) serta kayuhan basikal sejauh 20km dan 40km.

Mohammed Azman berkata, tahun ini penyertaan dijangka seramai lebih daripada 8,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk peserta luar negara.

“Dengan hanya bayaran RM50 saja, peserta layak menerima pelbagai barangan daripada penaja, insurans kemalangan sehari, sijil termasuk cabutan bertuah,” katanya.

Penaja terdiri daripada 22 syarikat, antaranya Aeon Credit Service (M) Bhd, Bank Mualamat Berhad, Celcom Axiata dan pelbagai lagi.

Maklumat lanjut boleh layari http://labourdayr­unride2019.perkeso.gov.my dan tarikh tutup pada 7 April ini.

 ??  ??
 ??  ?? Orang ramai boleh layari laman web acara ‘Labour Day Run and Ride 2019’ anjuran PERKESO untuk maklumat lanjut.
Orang ramai boleh layari laman web acara ‘Labour Day Run and Ride 2019’ anjuran PERKESO untuk maklumat lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia