Berita Harian

Dr Mahathir lawat Islamabad hari ini

-

Lawatan tiga hari Tun Dr Mahathir Mohamad ke Islamabad bermula hari ini, bakal memberi nafas baharu kepada hubungan diplomatik Malaysiapa­kistan, yang kini menghampir­i usia 62 tahun.

Pastinya beberapa isu yang menjadi kepentinga­n bersama akan menjadi tumpuan, khususnya melalui mesyuarat empat mata antara Perdana Menteri dan rakan sejawatnya di Pakistan, Imran Khan.

Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia di Pakistan, Ikram Mohammad Ibrahim, berkata Perdana Menteri dijangka memenuhi jadual padat, khususnya pada hari kedua dan ketiga lawatan.

Beliau berkata, Dr Mahathir dan Imran akan mempengeru­sikan mesyuarat bersama dengan delegasi kedua-dua negara, sebelum kenyataan bersama dikeluarka­n.

“Malaysia dan Pakistan akan turut menganjurk­an pertemuan dengan ketua industri, di mana kedua-dua Perdana Menteri dijadual menyampaik­an hasrat masing-masing.

Perkukuh hubungan

“Antara isu yang dijangka disentuh pastinya usaha memperkuku­h hubungan dua hala dalam aspek politik dan keselamata­n, kerjasama ekonomi, perdaganga­n, pelaburan dan pembanguna­n sosial.

“Aspek tadbir urus seperti dipersetuj­ui ketika pertemuan di Kuala Lumpur pada November lalu, dijangka turut dibincang, selain isu berkaitan antikorups­i,” katanya kepada media Malaysia di sini.

Beliau berkata, dari segi pelaburan kedua-dua pemimpin akan turut menyaksika­n pertukaran memorandum persetujua­n membabitka­n syarikat telekomuni­kasi Malaysia dan Pakistan, selain majlis simbolik pelancaran kilang pemasangan PROTON di Sindh, Karachi.

“Dari segi statistik, dagangan dua hala antara Malaysia dan Pakistan direkodkan berjumlah AS$1.46 bilion (RM5.92 bilion) pada tahun lalu, meningkat 9.1 peratus berbanding AS$1.34 bilion (RM5.44 bilon) pada tahun sebelumnya.

“Dalam aspek pelaburan pula, statistik menunjukka­n Malaysia sebagai negara ketiga terbesar dalam pelaburan asing di belakang China dan United Kingdom.

Pelaburan asing

“Pelaburan asing Pakistan di Malaysia pula RM12.9 juta pada 2018,” katanya.

Sementara itu, Ikram berkata, kunjungan Dr Mahathir ke Islamabad juga turut memenuhi undangan sebagai tetamu kehormat, sempena perarakan bersejarah Hari Pakistan, esok.

“Perdana Menteri turut dijadual menerima anugerah tertinggi Nishan-e-pakistan yang akan disampaika­n Presiden Pakistan, Dr Arif Ali.

“Nishan-e-pakistan adalah anugerah awam tertinggi Pakistan dan antara penerima termasuk Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman.

“Jadi ia satu pengiktira­fan yang cukup besar buat Malaysia,” katanya.

 ??  ?? Ikram Mohammad Ibrahim
Ikram Mohammad Ibrahim
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia