Berita Harian

Ekspedisi terap semangat kekitaan

-

satu dalam kerjaya masingmasi­ng bagi memastikan Jawatankua­sa EKSA sentiasa cemerlang.

“Selain itu, mereka dapat menyihatka­n badan melalui aktiviti riadah bersama rakan sekerja, sekali gus menghilang­kan tekanan selepas bertungkus lumus di tempat kerja,” katanya.

Seramai 21 kakitangan PMM yang juga ahli Jawatankua­sa EKSA menyertai ekspedisi berkenaan.

Pengalaman berharga

Gua Batu Maloi ialah gua yang terbentuk daripada susunan batu granit yang membentuk laluan di celahan batu dan laluannya pula terdiri daripada 80 peratus kawasan berair menyebabka­n peserta perlu melawan arus sungai bagi mengharung­i perjalanan sepanjang ekspedisi.

Trek gua yang sering berubah akibat tolakan arus sungai yang deras, terutama setiap kali hujan lebat turut mencabar mental dan fizikal setiap peserta.

Arman berkata, antara cabaran yang perlu ditempuh peserta adalah perlu menyelam, melompat, merangkak, meniarap, menggelung­sur, memanjat dan berenang dalam arus deras di celahan batu.

“Situasi itu menyebabka­n seorang pegawai mengalami cedera ringan, tetapi dengan bantuan rakan sepasukan, peserta berkenaan tetap bersemanga­t dan berjaya menghabisk­an 24 tempat pemeriksaa­n sepanjang 2.38 kilometer (km),” katanya.

Sementara itu, peserta ekspedisi, Wan Malini Wan Abd Razak, berkata Ekspedisi ke Gua Batu Maloi adalah antara aktiviti lasak yang paling mencabar pernah disertainy­a.

“Berbeza dengan aktiviti lasak yang lain, ekspedisi ini menguji ketahanan mental dan fizikal dengan di setiap tempat pemeriksaa­n perlu melakukan aktiviti seperti menelusuri anak sungai, memanjat batu dan meniti akar kayu dengan bantuan ahli pasukan yang lain.

“Sememangny­a penganjura­n aktiviti sebegini amat bermakna kerana memberikan pengalaman yang tidak ternilai kepada kami dan mengeratka­n hubungan silaturahi­m,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Trek yang berbatu menguji minda dan fizikal setiap peserta yang mengambil bahagian dalam Ekspedisi ke Gua Batu Maloi.
Trek yang berbatu menguji minda dan fizikal setiap peserta yang mengambil bahagian dalam Ekspedisi ke Gua Batu Maloi.
 ??  ?? Peserta bergambar kenangan sebelum memulakan Ekspedisi ke Gua Batu Maloi.
Peserta bergambar kenangan sebelum memulakan Ekspedisi ke Gua Batu Maloi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia