Berita Harian

Pameran kerjaya UUM meriah

-

Sintok: Orang awam dan warga Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak melepaskan peluang menyertai Pameran Kerjaya UUM 2019 yang berlangsun­g selama dua hari di Foyer Perpustaka­an Sultanah Bahiyah, di sini, barubaru ini.

Pengarah Pusat Pembanguna­n Kerjaya (CDC), Dr Awan Ismail, berkata sebanyak 24 syarikat mengambil bahagian dalam memeriahka­n pameran kerjaya itu.

Beliau berkata, sambutan kali ini cukup meriah kerana hanya dalam masa tiga jam pihak penganjur menerima lebih 1,500 pengunjung.

“Selain itu, pihak penganjur menerima banyak penyertaan, termasuk syarikat konglomera­t, warga kampus dan pihak luar,” katanya.

Awan berkata, program itu juga menyediaka­n platform kepada universiti untuk berinterak­si dengan syarikat multinasio­nal dalam membina rangkaian, selain mempromosi­kan UUM kepada masyarakat berhubung konsep Universiti di Rimba Hijau.

Latihan amali

“Kami (UUM) cukup berbesar hati apabila syarikat besar bersedia untuk mengambil pelajar menjalani latihan amali dan bekerja di syarikat mereka memandangk­an pelajar kita mempunyai kemahiran yang baik dan serba boleh,” katanya.

Beliau berkata, program itu juga berjaya menarik pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di zon utara, khususnya pelajar UUM mencari kerja dan tempat untuk menjalani latihan amali.

“Program ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar mengenai peluang peker- jaan dan temu duga terbuka yang dikendalik­an oleh syarikat terbabit.

“Pameran kerjaya ini turut mengasah bakat kepimpinan, kemahiran insaniah dan komunikasi yang perlu ada dalam diri pelajar agar selaras dengan kehendak pasaran pekerjaan masa kini.

“Saya berharap kerjasama ini akan berterusan dan pelajar UUM terus diberi kesempatan bukan sahaja menjalani latihan amali, malah diberi kepercayaa­n untuk menjadi kakitangan tetap di organisasi berkenaan kelak,” katanya.

 ??  ?? Pelajar mengunjung­i gerai pameran untuk mendapatka­n maklumat kerjaya.
Pelajar mengunjung­i gerai pameran untuk mendapatka­n maklumat kerjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia