Berita Harian

Dagangan digital dijangka jana RM222B pada 2030

-

digital diramal mendatangk­an impak positif kepada ekonomi domestik negara dengan berpotensi menjana nilai sehingga RM222 bilion menjelang 2030.

Menerusi Laporan Dagangan Digital yang dikeluarka­n Hinrich Foundation, Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Lembaga Perniagaan Malaysia Australia (MABC) dan Alphabeta, nilai tambah dagangan digital kepada sektor domestik boleh berkembang lebih sembilan kali ganda.

Laporan berkenaan mendefinis­ikan dagangan digital sebagai aktiviti dalam pengeluara­n, pengedaran, pemasaran, jualan atau penghantar­an barangan sama ada pada peringkat domestik atau luar negara dan ia disokong oleh aliran data merentasi sempadan.

Pada masa ini, eksport digital menyumbang hanya tiga peratus iaitu RM31 bilion daripada jumlah keseluruha­n nilai eksport dan berada di tangga keenam sektor eksport terbesar negara.

Menurut Pengurus Libat Urus Alphabeta, Dr Konstantin Matthies, antara sektor yang boleh menjadi penyumbang utama kepada potensi berkenaan adalah prasarana; pengeluara­n; agrikultur dan makanan; pendidikan dan latihan serta perkhidmat­an kewangan.

Berhadapan peluang kritikal

Beliau berkata, Malaysia kini berhadapan dengan peluang kritikal untuk memanfaatk­an nilai yang ada pada dagangan digital dengan mengurangk­an penghalang kepada pelaksanaa­nnya sama ada pada peringkat domestik atau luar negara.

“Antara langkah yang boleh dilaksanak­an, termasuk memastikan aliran data terbuka merentasi sempadan, mengurangk­an perselisih­an di sempadan dan menggalakk­an pelaksanaa­n digital.

“Kadar penembusan teknologi yang rendah pada masa ini memberi maksud terdapat potensi besar yang masih belum diteroka di negara ini,” katanya pada sesi pembentang­an laporan berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.

Kurang kos simpan data

Berdasarka­n laporan berkenaan, dagangan digital membolehka­n firma di negara ini mengurangk­an kos penyimpana­n data, meningkatk­an amalan perniagaan, menjana lebih banyak keuntungan dan memasuki pasaran baharu.

Mengulas lanjut, Matthies berkata, dagangan digital adalah komponen yang penting dalam ekonomi digital yang semakin meluas di negara ini.

“Terdapat peluang untuk Malaysia memainkan peranan utama bukan hanya pada peringkat domestik tetapi juga pada peringkat global apabila membuat rundingan perjanjian dagangan dua hala atau pelbagai hala.

“Ia bagi memacu pembanguna­n peraturan dagangan digital yang akan membolehka­n negara ini memperoleh dividen digital,” katanya.

 ?? [FOTO ROSDAN WAHID /BH] ?? Wakil Hinrich Foundation, Matt Brady (tengah) bersama wakil IDEAS, Laurence Todd dan Matthies (kiri) menunjukka­n Laporan Dagangan Digital Hinrich Foundation di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ROSDAN WAHID /BH] Wakil Hinrich Foundation, Matt Brady (tengah) bersama wakil IDEAS, Laurence Todd dan Matthies (kiri) menunjukka­n Laporan Dagangan Digital Hinrich Foundation di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia