Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak susut semalam, diheret turun oleh kebimbanga­n berhubung pertumbuha­n ekonomi global selepas ketegangan perdaganga­n Amerika Syarikat (As)-china merosot, namun komoditi itu menerima sedikit sokongan daripada bekalan lebih ketat.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$67.34 satu tong pada 1040 GMT, susut 27 sen atau 0.4 peratus.

Niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermedia­te (WTI) berada pada AS$58.51 satu tong, susut 52 sen atau 0.88 peratus.

Perang dagangan antara China dan AS sejak lapan bulan lalu mencetuska­n kebimbanga­n pasaran global yang sudah terjejas dengan isyarat pertumbuha­n ekonomi yang perlahan tahun ini.

Namun, terdapat isyarat bercampur bahawa kebuntuan antara kedua-dua negara ekonomi terbesar dunia selesai tidak lama lagi.

Laporan Bloomberg pada Selasa menekankan kebimbanga­n antara pegawai AS yang China menolak permintaan negara itu secara mendadak melemahkan harga minyak sebelum kedua-dua penanda aras menghampir­i paras tertinggi dalam tempoh empat bulan.

Bagaimanap­un, Washington mengumumka­n Setiausaha Perbendaha­raan, Steven Mnuchin merancang untuk terbang ke Beijing minggu depan bagi menghadiri satu lagi pusingan rundingan dengan pegawai kanan China.

“Rundingan perdaganga­n As-china terus membentang­kan risiko kepada pasaran minyak dan aset berisiko lain,” kata Ahli Strategi BNP Paribas, Harry Tchilingui­rian pada Reuters Global Oil Forum.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia