Berita Harian

Gesa tetap tarikh tarik balik moratorium

-

Kuantan: Kerajaan digesa segera menetapkan tarikh penarikan balik moratorium kegiatan perlombong­an dan pengekspor­tan bauksit yang sebelum ini dijadualka­n pada 31 Mac ini.

Desakan itu dibuat 220 peneroka FELDA Bukit Goh, dekat sini, yang tanah mereka dibangunka­n dengan perlombong­an bauksit pada 2014 sebelum dikenakan moratorium pada Januari 2016.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) FELDA Bukit Goh, Jeffri Salim, berkata majoriti penduduk kecewa dengan pengumuman Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar, perlombong­an dan pengekspor­tan bauksit tidak akan bermula 1 April ini, berbeza dengan pengumuman­nya sebelum ini.

Hilang sumber pendapatan

“Sebelum ini, beliau mengumumka­n moratorium tamat pada 31 Mac ini dan perlombong­an boleh bermula 1 April. Ia menggembir­akan pemilik tanah yang kehilangan sumber pendapatan sejak tiga tahun lalu apabila kerajaan melaksanak­an moratorium.

“Penduduk di Bukit Goh, Bukit Kuantan dan sekitarnya berharap Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri memberi tempoh tetap bila perlombong­an bauksit boleh bermula dan bukan berubah-ubah seperti sekarang ini.

“Kami berharap perlombong­an ini dapat dimulakan sebelum Aidilfitri bagi membantu penduduk membuat persiapan dan memperbaik­i kehidupan dengan pendapatan perlombong­an bauksit di tanah masing-masing,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Xavier dalam satu kenyataan media menegaskan aktiviti perlombong­an di daerah ini tidak boleh terus bermula pada 1 April ini walaupun moratorium perlombong­an dan pengekspor­tan bauksit berakhir 31 Mac ini.

Sebaliknya, ia hanya boleh dijalankan semula selepas arahan moratorium pada Januari 2016 ditarik balik seperti termaktub dalam Akta Pembanguna­n Mineral 1994, selain semua pihak berkepenti­ngan bersedia dan menguatkua­sakan standard prosedur operasi (SOP) bagi menjamin aktiviti perlombong­an dilaksanak­an secara mapan.

Selain itu, Pengerusi Kami Anak FELDA (KAF) Bukit Goh, Datuk Mohd Bakri Abdul Majid, berkata kerajaan harus membuat keputusan segera untuk membenarka­n semula kegiatan perlombong­an bauksit dan mengambil kira kepentinga­n pemilik tanah.

Penduduk di Bukit Goh, Bukit Kuantan dan sekitarnya berharap Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri beri tempoh tetap bila perlombong­an bauksit boleh bermula dan bukan berubah-ubah seperti sekarang” Jeffri Salim, Pengerusi MPKK FELDA Bukit Goh

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia