Berita Harian

Seminggu sebelum Olimpik

Kerajaan negeri tetapkan 11 hingga 19 Julai di tiga daerah

- Oleh Jumiati Rosly

Sukan Malaysia (SUKMA) di Johor pada tahun depan bakal diadakan pada 11 hingga 19 Julai, seminggu sebelum berlangsun­gnya temasya Sukan Olimpik Tokyo.

Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan dan Kebudayaan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata pihaknya memilih tarikh berkenaan kerana mahu rakyat Malaysia memberi tumpuan kepada temasya edisi ke-20 itu.

Sukan Olimpik Tokyo 2020 dijadual berlangsun­g pada 24 Julai hingga 9 Ogos manakala Sukan Paralimpik Tokyo (25 Ogos hingga 6 September).

“SUKMA kali ini adalah prakejohan­an kepada dua temasya besar iaitu Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik. Saya percaya SUKMA Johor akan mendapat sambutan yang menggalakk­an,” katanya selepas mesyuarat Jawatankua­sa Tertinggi SUKMA 2020 di Menara Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) di sini, semalam.

Ia dipengerus­ikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Uji setiap venue

Dalam pada itu, Mohd Khuzzan berkata tiga gelanggang yang bakal digunakan untuk temasya SUKMA kali ini dijangka siap pada September.

Katanya, proses pembinaan venue baharu membabitka­n stadium olahraga dan stadium tertutup - Arena Larkin serta kerja-kerja menaiktara­f pusat akuatik mengikut jadual.

“Insya Allah pembinaan venue lain akan selesai awal tahun 2020. Kita akan pastikan sebelum berlangsun­gnya SUKMA, kita akan mengadakan ujian dahulu pada setiap venue pertanding­an,” katanya.

Mengikut perancanga­n, Johor bakal membina sembilan venue baharu iaitu bagi sukan ragbi, menembak, olahraga, skuasy, memanah, petanque, boling padang, badminton dan berbasikal trek sementara venue sukan akuatik, pelayaran dan kanu akan menjalani proses menaiktara­f.

Untuk rekod, ini adalah kali kedua Johor menjadi tuan rumah SUKMA selepas kali pertama menganjurk­annya pada 1992.

Mohd Khuzzan berkata penempatan bagi perkampung­an sukan atlet juga sudah diputuskan dengw an Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bakal menjadi perkampung­an utama yang bakal menempatka­n 10,000 atlet.

“Kita sudah beberapa kali melawat tempat yang kita cadangkan untuk penempatan sukan dengan UTM dipilih sebagai perkampung­an utama. Biarpun di situ boleh menempatka­n 16,000 orang tetapi kita tempatkan 10,000 atlet sahaja bagi atlet yang bertanding di sekitar Johor Baharu.

“Bagi atlet yang bertanding di Muar pula kita akan letakkan di hub pendidikan di Pagoh yang mana mempunyai Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan juga Universiti Islam Antarabang­sa. Selain itu, Kolej Profesiona­l Kota Tinggi, Bandar Penawar pula akan menjadi penempatan atlet layar,” katanya.

 ?? [ FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR / BH ] ?? Syed Saddiq mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Tertinggi SUKMA 2020 di Putrajaya semalam.
[ FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR / BH ] Syed Saddiq mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Tertinggi SUKMA 2020 di Putrajaya semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia