Berita Harian

Bantuan makanan jika cukup peruntukan

Kerajaan usaha pastikan kebajikan pelajar UA sentiasa terbela

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman dan Ahmad Suhael Adnan bhnews@bh.com.my

Kerajaan bersedia menyalurka­n bantuan makanan lengkap kepada mahasiswa universiti awam (UA) sekiranya mempunyai peruntukan kewangan mencukupi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa berusaha memastikan kebajikan mahasiswa sentiasa terjaga dalam pelbagai aspek.

Dalam nada sinis, beliau bagaimanap­un menegaskan hasrat berkenaan tergendala buat masa ini kerana wang negara dicuri.

“Ya, kalau kita ada duit banyak, kita boleh beri ‘full meal’ (makanan lengkap pagi, tengah hari dan malam) kepada semua orang (mahasiswa) tetapi duit kita dicuri dan orang yang curi itu sekarang menjadi ‘bos’ mereka, ‘bos’ kepada orang tertentu.

40 peratus ikat perut

“Payah nak urus (bantu mahasiswa) sebab duit dicuri dan dok (ada) di mana saya tidak tahu. Bawalah balik (duit) untuk diberi kepada penuntut,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Ahad lalu, BH menyiarkan laporan eksklusif mendedahka­n sebilangan pelajar Universiti Malaya (UM) dari keluarga berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) terpaksa mengikat perut dengan hanya makan sekali sehari, kerap berpuasa dan bergantung kepada sebuku roti untuk dua hari akibat kekangan kewangan.

UM turut mengakui kira-kira 1,000 mahasiswan­ya tergolong dalam kategori miskin tegar dinamakan BL40 yang ditakrif universiti itu, iaitu isi rumah berpendapa­tan RM1,000 ke bawah sebulan.

Pendedahan BH itu mendapat perhatian Kabinet yang memutuskan bantuan segera dihulur kepada mahasiswa memerlukan di semua universiti awam.

Serentak itu, kerajaan meluluskan peruntukan RM3 juta kepada program Food Bank Malaysia untuk diperluask­an ke kampus UA, manakala Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bertanggun­gjawab mengendali­kan program mengedar bekalan makanan kepada golongan sasaran.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau sendiri berhubung dengan 20 timbalan naib canselor UA yang bersetuju mengadakan program Food Bank Malaysia di kampus masing-masing dengan segera.

Ya, kalau kita ada duit banyak, kita boleh beri ‘full meal’ (makanan lengkap pagi, tengah hari dan malam) kepada semua orang (mahasiswa) tetapi duit kita dicuri dan orang yang curi itu sekarang menjadi ‘bos’ mereka, ‘bos’ kepada orang tertentu” Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia