Berita Harian

DBKL RAMPAS 547 UNIT RUMAH PPR DISEWAKAN KEPADA ORANG LAIN

Penyewa dikesan menyelewen­g kemudahan kediaman

-

Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias dan Siti Nur Mas Erah Amran

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merampas 547 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) sekitar ibu kota ini sepanjang tahun lalu, selepas penyewanya dikesan menyelewen­g kemudahan kediaman yang

disewakan itu.

Pengarah Jabatan Pembanguna­n Komuniti dan Kesejahter­aan Bandar DBKL, Anwar Mohd Zin, berkata tindakan terbabit diambil selepas mendapati unit PPR yang disewakan kepada golongan berpendapa­tan rendah pada kadar RM124 sebulan itu gagal didiami penyewa yang sah.

“Dalam kes ini, penyewa yang diberikan peluang mendiaminy­a oleh DBKL dikesan melakukan pelbagai kesalahan yang membolehka­n tindakan merampas kembali kediaman itu dibuat sebelum diberikan kepada mereka yang lebih berhak.

350 unit tak didiami penyewa

“Daripada 547 unit yang dirampas sepanjang tahun lalu, 350 unit dikesan tidak didiami penyewa, sebaliknya menyalah gunakan kediaman terbabit sebagai stor simpanan barang niaga, tempat menyimpan barangan lusuh serta ada yang dijadikan tempat memproses dan penyalahgu­naan dadah.

“Sebanyak 154 kes lagi dirampas kerana disewakan kepada pihak kedua, manakala 37 unit lagi diambil balik selepas dikesan disewakan kepada pihak ketiga, selain enam unit dikesan didiami oleh warga asing,” katanya.

Anwar berkata, hasil operasi yang dijalankan, mendapati kediaman PPR disewakan kepada pihak kedua dan ketiga serta warga asing pada kadar RM700 hingga RM1,800 sebulan, bergantung hiasan dalamannya, sama ada sudah diubah suai dengan kelengkapa­n perabot dan penghawa dingin.

Beliau berkata, lokasinya PPR yang strategik termasuk berdekatan dengan kemudahan pengangkut­an awam seperti LRT dan MRT juga mempengaru­hi kadar sewa atas sewaan yang dijalankan oleh pihak tidak bertanggun­gjawab itu.

“Dalam hal ini, DBKL tidak akan berkomprom­i terhadap perbuatan penyewa unit PPR dengan DBKL menyewakan semula kepada pihak kedua atau ketiga yang dibuat demi mengejar keuntungan atas angin semata-mata.

“Perbuatan itu adalah tidak adil kepada 80,000 penduduk yang tidak berkemampu­an dan masih menunggu peluang permohonan mendiami PPR mereka diluluskan. Malah, ada juga yang sudah lebih lima kali membuat rayuan.

Pemohon makin ramai

“Bayangkan unit rumah PPR tidak ditambah tetapi jumlah pemohon semakin ramai. Hanya segelintir penyewa sedia menyerahka­n kembali unit mereka kepada DBKL bagi memberi peluang kepada golongan yang lebih memerlukan,” katanya.

Anwar berkata, ketika ini DBKL menguruska­n 45,000 unit kediaman PPR dan PA di sekitar ibu kota.

DBKL tidak kompromi terhadap perbuatan penyewa unit PPR dengan DBKL menyewakan semula kepada pihak kedua atau ketiga” Anwar Mohd Zin, Pengarah Jabatan Pembanguna­n Komuniti dan Kesejahter­aan Bandar DBKL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia