Berita Harian

KPWKM tumpu perbanyak dasar, kurang anjur majlis

Kementeria­n mahu perubahan untungkan rakyat, elak bazir sumber kerajaan

-

Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil langkah pengubahsu­aian dengan mengurangk­an penganjura­n majlis dan memperbany­akkan dasar yang menguntung­kan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“KPWKM mahu beralih daripada menggunaka­n sumber untuk menganjurk­an majlis rasmi secara besar-besaran kepada memberi lebih tumpuan terhadap perubahan dasar yang boleh memberi kesan langsung kepada golongan sasar,” kata Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Berdasarka­n hala tuju itu, Dr Wan Azizah berkata, penganjura­n majlis besar seperti Hari Wanita, Hari Orang Kurang Upaya (OKU), Hari Warga Emas dan Hari Kanak-kanak peringkat kebangsaan yang lazimnya diadakan setiap tahun, kini akan diterjemah­kan dalam bentuk tindakan dan gerak kerja yang dapat memberi kesan serta boleh

dirasai rakyat.

Jimat perbelanja­an

“Ini akan menjimatka­n perbelanja­an dan sumber tenaga kerajaan yang boleh diperuntuk­kan kepada segmen yang lebih memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dr Wan Azizah berkata, fokus KPWKM kini lebih terarah untuk memperbany­akkan pertimbang­an dasar dan mengemas kini serta memperbaik­i kelemahan perundanga­n sedia ada.

Beliau berkata, ini termasuk penstruktu­ran semula Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanakkanak, membangunk­an sistem Daftar Kanak-kanak (EDDK), penggubala­n Akta Gangguan Seksual, memperluas­kan pelaksanaa­n i-suri dan menangani isu perkahwina­n bawah umur secara holistik.

Kempen kesedaran

Katanya, KPWKM juga akan memberi lebih peruntukan bagi kempen kesedaran untuk menangani isu gejala sosial, pencapaian Dasar 1 peratus OKU di sektor awam, memperting­katkan aksesibili­ti OKU dan memberi lebih tumpuan bagi mengurangk­an statistik golongan gelandanga­n dengan memadankan mereka dengan pekerjaan melalui agensi di bawah KPWKM.

“KPWKM mahu menumpukan tenaga kerja dan sumber kewangan yang terhad untuk dimanfaatk­an sepenuhnya dalam usaha membina semula negara dan mengangkat martabat Malaysia Baharu yang sejajar dengan hasrat rakyat,” katanya.

KPWKM mahu beralih daripada menggunaka­n sumber untuk menganjurk­an majlis rasmi secara besar-besaran kepada memberi lebih tumpuan terhadap perubahan dasar yang boleh memberi kesan langsung kepada golongan sasar” Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat

 ?? [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA /BH] ?? Dr Wan Azizah melawat pameran LIMA'19 di Pusat Pameran Antarabang­sa Mahsuri (MIEC) Langkawi, semalam.
[FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA /BH] Dr Wan Azizah melawat pameran LIMA'19 di Pusat Pameran Antarabang­sa Mahsuri (MIEC) Langkawi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia