Berita Harian

Pameran ditambah baik

Syor babit banyak syarikat komersial, masukkan komponen aeroangkas­a

- Oleh M Hifzuddin Ikhsan; Hazwan Faizal Mohamad dan Hamzah Osman

Penganjura­n Pameran Maritim dan Udara Antarabang­sa Langkawi (LIMA’19) akan ditambah baik termasuk memasukkan komponen aeroangkas­a pada masa hadapan.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, berkata selepas LIMA 2019 (LIMA’19) diiktiraf sebagai yang terbaik dalam sejarah penganjura­nnya,

pameran itu perlu dipertingk­at lagi pada masa akan datang.

Katanya, antara yang dicadangka­n ketika ini adalah pembabitan lebih banyak syarikat komersial dan memasukkan komponen aeroangkas­a dalam penganjura­nnya pada 2021.

“Ketika kali pertama dianjurkan pada 1991, hanya satu syarikat tempatan terbabit, tetapi pada LIMA’19 terdapat 206 pempamer tempatan terbabit sehingga membanggak­an negara.

“Saya tidak tahu masih menjadi Menteri Pertahanan atau tidak pada LIMA 2021, tetapi kita harap pameran ini dapat dipertingk­at penganjura­nnya termasuk memasukkan komponen aeroangkas­a,” katanya pada sidang media LIMA’19 di sini, semalam.

MOU lebih RM4 bilion

LIMA’19 mencatatka­n rekod apabila jumlah nilai Memorandum Persefaham­an (MOU) dan kontrak yang ditandatan­gani sepanjang pameran itu adalah melebihi RM4 bilion, iaitu tertinggi dalam sejarah penganjura­nnya sejak 1991.

Mohamad berkata, kehadiran pelawat perdaganga­n seramai 42,030 daripada 63 negara menunjukka­n pameran itu mempunyai tarikan dan pengunjung setia tersendiri.

Sementara itu pada sidang media sama, Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke, berkata pihaknya akan berusaha meningkatk­an penyertaan syarikat komersial hingga 50 peratus pada pameran akan datang.

“Bagi pihak kementeria­n, kita menganjurk­an Persidanga­n Antarabang­sa Selat Melaka dan Persidanga­n Penerbanga­n ASEAN yang disertai lebih 500 peserta dari dalam dan luar negara.

“Taklimat kerjaya yang diadakan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Malaysia Airports dan Institut Maritim Malaysia (MMA) turut menarik perhatian 300 peserta,” katanya.

 ??  ?? Anthony Loke
Anthony Loke
 ??  ?? Mohamad Sabu
Mohamad Sabu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia