Berita Harian

Empat helikopter Maritim Malaysia curi tumpuan pengunjung

-

Langkawi: Penyertaan helikopter milik Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam segmen aeroangkas­a menambah seri Pameran Udara dan Maritim Antarabang­sa Langkawi 2019 (LIMA’19).

Tinjauan mendapati empat helikopter Maritim Malaysia iaitu dua unit jenis Agusta AW139 dan Agusta A109 serta Dauphin AS365 turut mencuri perhatian pengunjung.

Juruterban­g, Komander Maritim Mohd Ikmal Ridzuan, berkata dia dan rakannya teruja apabila pengunjung pameran turut mendekati aset udara Maritim Malaysia.

“Selain aset udara milik tentera udara, empat helikopter milik Maritim Malaysia turut menjadi penyeri dan tumpuan pengunjung pada pameran yang memasuki edisi ke-15 ini.

Naikkan imej negara

“Ini acara negara, pastinya sebagai rakyat kami bertanggun­g jawab untuk turut menaikkan imej negara, khususnya dalam pameran udara dan maritim terbesar ini.

“Selain menyertai pameran statik, dua aset udara Maritim Malaysia turut terbabit dalam demonstras­i di perairan Resort World Langkawi,” katanya ketika ditemui di sini.

Mohd Ikmal berkata, bagi menerbangk­an pesawat AW139 dia dibantu Leftenan Komander Maritim Mohamad Zali Yusoff, selaku pembantu juruterban­g.

“Dua lagi kru pesawat ialah Pegawai Waran II Maritim, John Ibno dan Bintara Muda Maritim, Mohd Mustazary Ali Musa dan kami berada dalam satu pasukan.

“Bagaimanap­un, kru pesawat akan berubah dari semasa ke semasa,” katanya yang terbabit bagi kali ketiga dalam LIMA sejak kali pertama menyertain­ya pada 2015.

Anak kelahiran Teluk Intan, Perak itu berkata, dia dan rakan bersedia menjawab sebarang pertanyaan pengunjung berkaitan aset udara Maritim Malaysia.

“Malah sejak awal pagi, sejurus pameran dibuka kepada orang awam, ramai pelawat yang mendekati helikopter Maritim Malaysia untuk masuk ke dalam pesawat dan bergambar kenangan.

“Malah, saya teruja apabila pengunjung yang juga lepasan kolej dan universiti yang bertanya lanjut mengenai peluang kerjaya dalam Maritim Malaysia, khususnya Unit Udara,” katanya.

Ini acara negara, pastinya sebagai rakyat kami bertanggun­gjawab untuk turut menaikkan imej negara, khususnya dalam pameran udara dan maritim terbesar ini” Mohd Ikmal Ridzuan, Juruterban­g

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia