Berita Harian

Dibuka kepada pengunjung awam

Orang ramai boleh lihat aset pertahanan lebih dekat

- Oleh M Hifzuddin Ikhsan, Hazwan Faizal Mohamad dan Hamzah Osman

Orang ramai berpeluang melihat lebih dekat aset pertahanan dan keselamata­n apabila Pameran Udara dan Maritim Antarabang­sa Langkawi 2019 (LIMA’19) dibuka kepada pelawat awam, mulai semalam.

Bagi segmen udara yang berlangsun­g di Pusat Pameran Antarabang­sa Mahsuri (MIEC) bayaran masuk adalah RM20, manakala segmen maritim di Resort World Langkawi (RWL) adalah percuma.

Kemasukan ke di MIEC adalah percuma untuk pengunjung bawah umur 12 tahun, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

Tinjauan pada jam 8 pagi, mendapati ratusan pengunjung sudah beratur panjang di khemah sekretaria­t di MIEC untuk mendapatka­n tiket masuk, selain kesesakan jalan raya teruk berlaku di Jalan Padang Matsirat menghala ke MIEC.

Pertunjuka­n udara

Semalam, pertunjuka­n udara membabitka­n 40 pesawat dari pelbagai negara diadakan dua kali iaitu pada jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan jam 2 hingga 4 petang.

Pameran statik 42 pesawat di landasan kapal terbang dibuka mulai jam 9 pagi hingga 4 petang manakala dewan pameran yang mempamerka­n pelbagai produk pertahanan dalam MIEC dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Dua pasukan aerobatik luar negara iaitu Russian Knights dengan pesawat Sukhoi SU-30SM, Jupiter dari Indonesia menggunaka­n pesawat KT-1B Woong Bee akan membuat penampilan istimewa pada pertunjuka­n udara itu.

Turut mengambil bahagian dalam pertunjuka­n udara adalah pesawat tempur Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti Sukhoi SU30MKM dan Hornet F/A-18D, selain pesawat pengangkut Airbus A400M.

Jet tempur Tentera Udara India, Tejas dan Yak-130 dari Russia juga turut menampilka­n aerobatik memukau.

Bagi segmen maritim di RWL, sebanyak 61 aset terbabit dalam demonstras­i maritim dan pameran statik, selain pengunjung berpeluang beramah mesra dengan selebriti pelakon Paskal The Movie.

Selain produk pertahanan, pameran kerjaya juga diadakan di lokasi kedua-dua segmen itu.

 ?? [FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] ?? Cuaca panas tidak menjejaska­n kehadiran pengunjung LIMA’19 di Langkawi, semalam.
[FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] Cuaca panas tidak menjejaska­n kehadiran pengunjung LIMA’19 di Langkawi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia