Berita Harian

Tunggakan sewa PPR lebih RM56 juta

-

Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menanggung kos RM250 sebulan untuk pengurusan dan penyelengg­araan setiap unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu kota ini, berbanding kadar sewa RM124 yang dikenakan kepada penyewanya.

Di sebalik sewa yang rendah dengan subsidi mencapai 50 peratus itu, DBKL masih berdepan tunggakan lebih RM56 juta apabila 26,000 penyewa yang masih mendiami unit masing-masing gagal membayar sewaan terbabit, di samping manakala 16,000 meninggalk­an tunggakan selepas berpindah keluar.

Pengarah Eksekutif (Pembanguna­n Sosioekono­mi) DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff, berkata dalam usaha menangani isu tunggakan terbabit, DBKL akan mengeluark­an notis kepada penyewa yang mempunyai tunggakan itu atau berdepan tindakan mengunci meter air.

“Biasanya pada tahap ini (meter air dikunci) penyewa akan datang jumpa sama ada membuat bayaran penuh atau merayu untuk bayar tunggakan secara ansuran mengikut kemampuan.

Tamatkan perjanjian sewa

“Sebaliknya, jika penyewa masih tidak berbuat apa-apa, satu lagi notis akan diberi dan jika tiada tindakan, notis terakhir akan diberi bagi menamatkan perjanjian penyewaan sebelum kes dibawa ke mahkamah untuk tindakan merampas rumah berkenaan.

“Bagaimanap­un, bagi kes penyewa yang betul-betul tidak berkemampu­an, agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal turut dibabitkan sama dalam meneliti kes untuk tindakan membantu penyewa berkenaan menjelaska­n tunggakan,” katanya kepada BH.

Ibrahim berkata, bagi memudahkan orang ramai membayar, kaedah secara dalam talian menerusi Jom Pay atau pembayaran secara automatik daripada kad debit penyewa.

“Tunggakan yang tinggi dihadapi ketika ini boleh menjejaska­n perkhidmat­an DBKL kepada penduduk kerana hasil kutipan sewa ini turut digunakan untuk membiayai kos pengurusan dan penyelengg­araan rumah PPR dan PA.

“DBKL menanggung kos sebanyak RM250 sebulan bagi seunit rumah bagi membiayai pengurusan dan penyelengg­araan rumah PPR dan PA,” katanya.

Beliau berkata, bekas penyewa yang tidak melunaskan sewa mereka akan berdepan tindakan undang-undang di mahkamah.

PPR bukan harta pusaka

“Rumah PPR bukan harta pusaka yang diwarisi turun temurun, kasihanila­h orang miskin yang lebih memerlukan.

“Ada pemohon, kerja sebagai pengawal keselamata­n bergaji RM800 sebulan masih menunggu peluang mereka pula untuk menikmati kemudahan berkenaan,” katanya.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? DBKL menanggung kos RM250 sebulan setiap unit PPR dan PA sekitar Kuala Lumpur.
[FOTO HIASAN] DBKL menanggung kos RM250 sebulan setiap unit PPR dan PA sekitar Kuala Lumpur.
 ??  ?? Ibrahim Yusoff
Ibrahim Yusoff

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia