Berita Harian

KPKT kenal pasti penipuan babit kutipan wang deposit

TU-E Capital tidak dilesen di bawah akta, bukan pemaju perumahan

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengesan satu kegiatan dipercayai penipuan membabitka­n kutipan wang deposit, daripada kontraktor yang berminat dengan projek perumahan mampu milik.

KPKT dalam kenyataan memaklumka­n, kegiatan itu dikesan berdasarka­n satu laporan dalam laman Facebook PW Community bertajuk ‘Laporan Mengenai Penipuan

Projek Perumahan GIDIFA/TU-E Capital’ yang mendakwa TU-E Capital menggunaka­n pendekatan menawarkan perumahan percuma, melalui program anjuran GIDIFA yang didakwa bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Yuran sehingga RM20,000

Katanya, laporan berkenaan mendakwa penipuan itu menyasarka­n kontraktor pembinaan untuk menjadi ‘Kontraktor Panel’ dengan dikenakan bayaran yuran antara RM10,000 hingga RM20,000 bagi melayakkan mereka menjadi fundee.

“Semakan Jabatan Perumahan Negara (JPN) KPKT mendapati, TU-E Capital tidak dilesenkan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan bukan pemaju perumahan.

“Selain itu, individu bernama Datuk Mohamad Zahari Awang yang dilaporkan sebagai pengarah syarikat TU-E Capital tidak memegang sebarang jawatan sebagai pengarah mana-mana pemaju perumahan yang dilesenkan di bawah JPN,” menurut kenyataan itu semalam.

Kenyataan itu juga menjelaska­n, JPN menasihatk­an orang awam supaya terus membuat laporan polis jika terdapat sebarang notis atau surat tawaran yang berunsurka­n penipuan.

“Orang awam, pihak pemaju perumahan dan kontraktor pembinaan juga boleh menyemak kesahihan sesuatu insentif, skim atau program yang diperkenal­kan JPN dengan melayari portal rasmi JPN di http://ehome.kpkt.gov.my.

“Jika terdapat sebarang keraguan atau pertanyaan, orang ramai boleh berhubung terus dengan kami.

“Aduan atau makluman boleh dikemukaka­n kepada JPN melalui e-mel pro@kpkt.gov.my dan penguatkua­sajpn@kpkt. gov.my atau telefon 03-80008000 atau Facebook KPKT Malaysia dan Jabatan Perumahan Negara atau twitter @kpkt_gov dan @perumahanj­pn,” katanya.

Laporan berkenaan mendakwa penipuan itu menyasarka­n kontraktor pembinaan untuk menjadi ‘Kontraktor Panel’ dengan dikenakan bayaran yuran antara RM10,000 hingga RM20,000 bagi melayakkan mereka menjadi fundee” Kenyataan KPKT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia