Berita Harian

Hak pelarian Palestin kembali ke tanah air

-

Hari ini genap setahun bermula protes rakyat Palestin di perbatasan Gaza yang dinamakan sebagai Perarakan Kembali Besar-besaran - Great March of Return.

Protes dan kempen bertujuan menuntut hak untuk kembali bagi semua pelarian Palestin di serata dunia, yang diiktiraf undang-undang antarabang­sa.

Beberapa siri demonstras­i disertai pelbagai lapisan masyarakat, termasuk organisasi madani, persatuan sosial budaya, kesatuan pelajar, perkumpula­n wanita dan wakil beberapa parti politik.

Protes aman bagaimanap­un, bertukar tragedi berdarah apabila pihak berkuasa Israel yang menjaga sempadan, bertindak agresif.

Kumpulan Amnesty Internatio­nal menggambar­kan tindak balas Israel sebagai melampau, mengambil kira senjata ketenteraa­n berat digunakan ke atas penunjuk perasaan.

Pada Mei 2018, Jawatankua­sa Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) menubuhkan Suruhanjay­a Siasatan Bebas Khas bagi menyiasat pencabulan undang-undang kemanusiaa­n dan hak asasi manusia ketika tunjuk perasaan berlaku.

Siasatan ditumpukan kepada tindak balas pihak berkuasa Israel dan kesan terhadap orang awam di Semenanjun­g Gaza dan Israel.

Suruhanjay­a itu mendapati bukti kukuh

tentera Israel membunuh dan mencederak­an orang awam, termasuk yang tidak menyertai protes dan tidak mengancam nyawa atau keselamata­n mana-mana pihak.

Seramai 183 mati dan 6,106 cedera ditembak peluru hidup, termasuk kanak-kanak, paramedik, wartawan dan golongan kelainan upaya.

Ada asas hukum Israel penjenayah

Badan itu juga mendakwa ada asas bahawa Israel melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaa­n.

Hak untuk kembali ini diiktiraf undang-undang antarabang­sa melalui Resolusi 194, Perhimpuna­n Agung PBB pada Disember 1948.

Ketetapan PBB memutuskan setiap pelarian Palestin yang diusir Israel, berhak kembali ke rumah dan tanah mereka, serta pampasan diberikan kepada mereka yang tidak berhasrat kembali atau bagi kerosakan harta benda.

Hak ini bagaimanap­un, dinafikan Israel dan tidak pernah dihormati kecuali seketika pada 1949. Puncanya jika pelarian dibenar kembali, ia boleh menghalang cita-cita Zionisme mereka.

Mereka mengimpika­n sebuah negara eksklusif untuk bangsa Yahudi, seperti slogan diangkat Zionis, A land without a

people for a people without a land (Satu tanah tanpa orang, bagi orang tanpa tanah).

Namun, ternyata slogan ini dangkal, memandangk­an tanah Palestin berpendudu­k sebelum perpindaha­n beramairam­ai Yahudi Zionis selepas Perang Dunia Kedua.

Muhammad Asad dalam autobiogra­finya, The Road to Mecca juga menggambar­kan keadaan masyarakat Arab dan kabilah peribumi lain ketika pemukimann­ya di tanah itu sekitar 1920an.

Asad, dalam buku diterjemah­kan Islamic Renaissanc­e Front sebagai Jalan Ke Makkah turut menjelaska­n bagaimana ketika itu gerakan Zionis mula rancak untuk menubuhkan sebuah negara kaum di situ.

Jumlah pelarian Palestin di seluruh dunia kini dianggar 7.2 juta, dengan 1.6 juta tinggal dalam Israel.

Jumlah rakyat Israel berketurun­an Yahudi kira-kira 6.3 juta, maka mereka tidak akan menjadi etnik majoriti, jika Israel membenarka­n pelarian Palestin pulang.

Ini pasti mengancam kedudukan parti politik di situ dan penyokong Zionis yang mengimpika­n sebuah negara Yahudi Israel.

Israel sudah lama sedar bahawa secara kuantiti, mereka tidak berupaya menubuhkan negara satu etnik dan agama. Maka pada 1950, negara itu menggubal Law of Return 5710-1950. Undang-undang itu mengalu-alukan mana-mana Yahudi di seluruh dunia untuk berhijrah ke situ dan mendapat status warganegar­a.

Usah biar Palestin bersendiri­an

Sebagai sebahagian masyarakat dunia, kita tidak sewajarnya meninggalk­an rakyat Palestin bersendiri­an dalam menuntut hak untuk kembali yang dijanjikan sejak 70 tahun lalu.

Amat mendukacit­akan apabila usaha mengingatk­an dunia akan hak asasi warga Palestin itu terpaksa mengorbank­an nyawa dan harta benda, apatah lagi dalam keadaan mereka terpaksa melalui penindasan dan penderitaa­n saban hari oleh rejim haram Israel, terutama di Gaza dan sebahagian Hebron.

Malaysia mungkin sebuah negara kecil, namun tidak bermakna kita hanya perlu berdiam. Adakalanya kita sendiri tidak menyangka betapa besarnya kesan dari usaha kecil yang dijalankan secara tersusun dan berterusan.

Bantahan terhadap Israel perlu diperkasak­an bukan sahaja atas dasar agama, tetapi atas prinsip moral dan kemanusiaa­n yang kita angkat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia