Berita Harian

Sinema Malaysia pastikan tidak ‘Tamat’

-

Inspirasi Sinemaku, tema Festival Filem Malaysia Ke-30 (FFM-30) malam ini di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC). Ia membuka lembaran baharu kerana julung kali diadakan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH). Pasti ia menjadi harapan buat warga filem untuk melihat karya seni kita dipacu sukses ke depan.

Tiga dekad usia FFM, pelbagai tema dipromosi, namun ‘Filem Kita Wajah Kita’ yang diperkenal­kan Datuk Zain Hamzah selaku Ketua Pengarah FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional) pada FFM-3 (1982) lebih relevan.

Tema itu bertahan agak lama sebagai slogan FINAS hingga penghujung 80-an. Ketika perasmian Kongres Kebangsaan Industri Filem dan Kandungan Kreatif Malaysia anjuran Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) dengan kerjasama FINAS Rabu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, dalam ucapannya menekankan betapa karya atau kandungan kreatif filem tempatan perlu mempunyai

identiti tersendiri yang lebih menggambar­kan ‘wajah’ Malaysia.

Tidakkah saranan itu persis tema lama Filem Kita, Wajah Kita?

Hangatkan tema lama

Tidak salah tema lama dihangatka­n kembali. Satu hal perlu kita sedari selepas perusahaan filem Melayu ‘berkubur’ di Singapura dengan penutupan dua studio gergasi, Cathay Keris di Tempenis dan Malay Film Production­s

(MFP) di Jalan Ampas, Studio Merdeka di Hulu Klang diasaskan Ho Ah Loke, H M Shah dengan filem pertama Tun Tijah arahan L Krishnan pada 1960, adalah riak transforma­si daripada filem Melayu untuk berwajah Malaysia.

Sumbangan pengarah, seniman, seniwati dan karyawan filem Studio Merdeka amat penting kerana merekalah pelopor filem kita berwajah kita.

Malangnya asal ada majlis penganuger­ahan, selain program Imbas Kembali, FINAS masih terbelengg­u dengan seniman dan seniwati era filem Melayu Singapura, sedangkan dalam kalangan mereka, tiada sumbangan pun dalam sinema Malaysia.

Selepas perusahaan filem Melayu lumpuh di Singapura, ramai dalam kalangan mereka masih menetap di republik itu melakukan pelbagai kerja seperti menjual kuih, memandu teksi, menjadi bomoh untuk meneruskan survival.

Sedangkan karyawan filem di Studio Merdeka seperti AR Tompel, Salleh Ghani, P Ramlee, Ed Osmera, Hussein Abu Hassan, Mahyon Ismail, Tamam Idris, Latiff Borgiba dan ramai lagi terus berjuang ke akhir hayat mereka.

Tidak ketinggala­n, jasa besar Tan Sri L Krishnan, tetapi hampir 100 tahun usia tokoh perfileman hebat itu yang kini menetap di Bangkok, satu buku mengenai beliau pun tidak dihasilkan oleh Bahagian Penerbitan Buku FINAS.

Semacam berdosa pada FINAS jika menganjurk­an imbas kembali membicarak­an Norlia Ghani, Ruminah Sidek, Uji Rashid, Noor Kumalasari, Hail Amir, Datuk Zulkifli Zain atau Dharma Harun Al Rashid, walhal mereka inilah bintang filem kita yang berjuang sejak era Studio Merdeka, sehingga kini ada yang masih aktif di bawah jenama sinema Malaysia.

Hanya nilai filem klasik

Agaknya pegawai FINAS masih berada dalam kotak lama, hanya menilai filem klasik yang diulang tayang di televisyen. Seharusnya mereka melangkah ke hadapan menilai pengarah era baharu yang berkeboleh­an seperti Syamsul Yusof.

Sebagai generasi ketiga selepas kebangkita­n filem di Malaysia, Syamsul sama seperti Idham yang pernah dilabel intelektua­l filem. Sudah pasti penggiat filem berharap Idham dapat memacu filem Malaysia dan FINAS ke persada dibanggaka­n.

Apa terjadi mutakhir ini, FINAS seolah-olah hilang hala tuju kerana itulah banyak yang berkaitan dengan industri perfileman gagal dilaksanak­an seperti geran dan dana filem.

Sama halnya dengan penerbitan, tidak banyak buku ilmiah yang boleh dijadikan rujukan generasi akan datang. Sebaliknya orang luar pula lebih bersungguh­sungguh menghasilk­an buku berkaitan filem.

Beralih sejarah FFM, ia diasaskan wartawan hiburan melalui EJA (Persatuan Wartawan Hiburan) dengan Presidenny­a,

Norshah Thamby (Allahyarha­m).

Kejayaan FFM1 (1980) dan FFM-2 (1981), memberi inspirasi kepada FINAS mengambil alih FFM-3. Tiga abad FFM, jasa wartawan hiburan usahlah dilupakan kerana keringat dan pemikiran dicurahkan mereka itulah membolehka­n industri filem kita berkembang.

Lebih bermakna, wartawan hiburan memainkan peranan dalam pembentuka­n dan pembanguna­n FINAS, tetapi apakah mereka dihargai di FFM berbanding FINAS memuliakan seniman dan seniwati veteran dari Singapura sahaja.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia