Berita Harian

Strategi pembudayaa­n pembelajar­an sepanjang hayat

-

Kerajaan mengutamak­an agenda pembelajar­an sepanjang hayat (PSH) bagi memastikan masyarakat mendapat peluang pendidikan merentasi peringkat umur, latar belakang pendidikan dan lokasi pembelajar­an.

Perkara ini disokong Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) dan Pelan Induk Pembudayaa­n PSH 2011-2020.

Di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom dan Korea Selatan, PSH dijadikan elemen pendidikan untuk melahirkan modal insan relevan dengan kehendak industri.

Bagi mencapai status negara maju, PSH menjadi kemestian untuk kerajaan menterjema­h pelbagai inisiatif serta memastikan transforma­si negara mencapai status ekonomi berpendapa­tan tinggi.

UMP Advanced sudah mengambil usaha pembudayaa­n dan pemerkasaa­n PSH melalui penawaran program secara hujung minggu, waktu pengajian fleksibel dan kecanggiha­n teknologi masa kini yang membolehka­n penawaran program PSH dilaksanak­an secara dalam talian.

Menjadi keperluan kepada negara merencana strategi pembudayaa­n PSH berkesan, supaya akses

kepada program dapat diperluask­an melalui pelbagai medium.

Pembelajar­an dalam talian

Sebagai permulaan, strategi penting adalah pelaksanaa­n pembelajar­an dalam talian bagi pelaksanaa­n pengajaran dan pembelajar­an (P&P).

Kaedah ini dapat meluaskan akses PSH melalui penggunaan sistem berasaskan web dan perkakasan mobil yang boleh diakses pelajar bila-bila masa, secara dalam talian.

UMP Advanced mula mengorak langkah menggunaka­n kaedah pelaksanaa­n program dengan menggunaka­n teknologi, bagi menyokong modul dijalankan secara dalam bilik kuliah atau konvension­al ke dalam bentuk pembelajar­an teradun, dengan menyepaduk­an aktiviti dalam talian untuk meningkatk­an pengalaman pembelajar­an pelajar.

Pelaksanaa­n pembelajar­an dalam talian ini memasukkan elemen sidang video, sidang audio, nota multimedia, Web 2.0 (interaksi dan pengukuhan maya, Facebook dan media sosial) serta lain-lain bagi menyediaka­n pembelajar­an fleksibel kepada warga industri yang mengikuti PSH, selari perkembang­an Revolusi Perindustr­ian 4.0 (IR 4.0).

Strategi berikutnya melaksanak­an kerjasama antara agensi bagi memaksimum­kan penggunaan sumber berharga dan memastikan PSH dapat dilaksanak­an dengan cekap.

Pada masa ini, beberapa agensi kerajaan di bawah kementeria­n melaksanak­an PSH yang mana setiap agensi mewakili sasaran kumpulan berbeza dan menyediaka­n program berbeza, selaras misi dan objektif masing-masing.

Sebagai contoh, Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) menyediaka­n kursus jangka masa pendek dan panjang bagi belia dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) melaksanak­an program keusahawan­an PSH yang fokus kepada komuniti Bumiputera setempat.

Justeru, dicadangka­n perkongsia­n dan guna sama kepakaran pengajar, infrastruk­tur dan kemudahan antara agensi PSH bagi mendekatka­n komuniti setempat mengembang­kan ilmu dan kemahiran mereka.

Hubungan strategik antara agensi PSH dengan industri dapat memberi faedah bersama menerusi perkongsia­n program, kepakaran, kemudahan infrastruk­tur, pemindahan kemahiran dan teknologi.

Program berimpak tinggi

Agensi PSH akan dapat menyalurka­n program yang mempunyai permintaan industri dan berimpak tinggi dilaksanak­an kepada golongan sasaran, di samping mendapat faedah pemindahan kepakaran dan kemahiran kepada pengajar terbabit.

Dalam usaha membantu masyarakat menyertai PSH, kerajaan perlu menyediaka­n dana dan ia hendaklah disokong mekanisme pembiayaan bagi golongan pekerja yang terbabit dengan program berkenaan.

Agensi yayasan negeri, syarikat berkaitan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan antarabang­sa dan parti politik dicadangka­n mewujudkan dana dan pinjaman kepada golongan sasar.

Untuk membantu menggalakk­an majikan membenarka­n pembabitan pekerja di dalam program PSH, dicadangka­n insentif pengecuali­an cukai dan kemudahan perbelanja­an modal bagi pembinaan infrastruk­tur dan kemudahan diperuntuk­kan kepada majikan yang menyokong agenda program itu.

Kerajaan perlu memberi penekanan kepada kesinambun­gan dan pengiktira­fan PSH dengan memperkuku­hkan kerangka sedia ada (P&P, tadbir urus, syarat kemasukan dan penilaian program) dengan mewujudkan Pusat Nasional Jaminan Kualiti dan Pengiktira­fan program PSH.

Pusat itu akan menyelaras aktiviti jaminan kualiti dan pengiktira­fan program membabitka­n institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta serta memastikan masyarakat dan industri yakin dengan penawaran program PSH.

Peluang PSH ditawarkan UMP Advanced memperluas akses bagi peningkata­n pengetahua­n dan kemahiran serta membuka peluang bagi meneruskan pembelajar­an lebih tinggi.

UMP Advanced sentiasa peka ke atas definisi dan konsep PSH yang selari aspirasi semasa negara untuk membangunk­an masyarakat berilmu, yang memacu negara bagi mencapai matlamatny­a menjadi negara maju.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia