Berita Harian

6 Bebas turut beli borang pencalonan

-

Seremban: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) mengesahka­n lapan borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau sudah terjual setakat ini.

Timbalan Pengerusin­ya, Dr Azmi Sharom, berkata setiap satu borang dibeli calon Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Enam yang lain pula adalah calon Bebas,” katanya selepas melawat Pusat Penamaan Calon di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Seri Sendayan, di sini, semalam.

Azmi berkata, SPR menyasarka­n peratusan keluar mengundi PRK Rantau adalah 70 peratus.

“Sasaran ini mampu dicapai kerana pada PRK Semenyih lalu, peratusan keluar mengundi adalah 73 peratus,” katanya.

Beliau berharap, semua pengundi keluar lebih awal untuk mengundi selepas SPR memberikan kad pengundi mengandung­i maklumat lengkap seperti nombor saluran bagi memudahkan urusan pengundi.

Beliau turut menasihati semua calon mengikut peraturan bagi mengelak dikenakan sebarang tindakan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Katanya, ini termasuk mengadakan jamuan ketika, sebelum atau selepas pilihan raya.

“Kita harap semua calon dan parti memahami dan mematuhi peraturan serta mengikut undang-undang ditetapkan.

“Jika ada mana-mana pihak tidak berpuas hati, mereka boleh membuat laporan polis supaya tindakan dapat diambil,” katanya.

Tekad menang kerusi

Sementara itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengakui PRK Rantau kali ini tidak mudah kerana PH bertekad menang di kerusi itu.

Beliau berkata, sebagai kerajaan, PH akan mencuba pelbagai cara memenangi kerusi itu kerana beliau yang bertanding.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia