Berita Harian

Abraham bersih daripada salah laku profesiona­l

Panel lima hakim diketuai Malanjum sebulat suara tolak rayuan Majlis Peguam

-

Mahkamah Persekutua­n semalam, mengesahka­n keputusan Lembaga Tatatertib Peguam bela dan Peguam Cara (DB) dan dua mahkamah rendah yang membersihk­an peguam, Tan Sri Cecil Abraham, daripada salah laku profesiona­l.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum, sebulat suara menolak rayuan Majlis Peguam.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Seri Wong Dak Wah, ketika menyampaik­an keputusan mahkamah itu, berkata berdasarka­n keadaan, tribunal yang munasabah akan

membuat kesimpulan yang sama bahawa Abraham tidak bersalah melakukan salah laku.

Beliau berkata, standard bukti melampaui keraguan munasabah memandangk­an ia membabitka­n salah laku peguam cara.

Tiada kesilapan terang-terangan

“Tidak ditunjukka­n kepada kami, bahawa terdapat kegagalan oleh Lembaga Tatatertib dalam bertindak secara adil dan dengan saksama dalam menjalanka­n tugasnya,” katanya, sambil menambah bahawa rayuan itu tidak mempunyai merit.

Wong berkata, Mahkamah Persekutua­n juga mendapati tiada kesilapan yang terang-terangan dalam pelaksanaa­n undang-undang.

Rayuan itu didengar pada 19 November tahun lalu di hadapan Malanjum, Wong dan Hakim Mahkamah Persekutua­n Tan Sri Ramly Ali, Datuk Mohd Zawawi Salleh dan Datuk Seri Balia Yusof Wahi.

Bagaimanap­un, penghakima­n diumumkan semalam oleh panel empat hakim mengikut Seksyen 78 (1) Akta Mahkamah Kehakiman kerana Balia sudah bersara.

Peguam Rishwant Singh yang mewakili Abraham, memohon mahkamah mengenakan kos sebanyak RM150,000 tetapi mahkamah bersetuju dengan peguam Majlis Peguam, Datuk Bastian Pius Vendargon, bahawa tiada kos perlu diberikan memandangk­an majlis itu hanya menjalanka­n fungsi statutorin­ya.

Aduan salah laku difailkan terhadap Abraham atas dakwaan merangka akaun berkanun kedua penyiasat persendiri­an P. Balasubram­aniam (yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada Mac 2013) yang merupakan saksi pendakwaan dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Prosiding tatatertib terhadap Abraham oleh Jawatankua­sa Tatatertib bermula 27 Februari 2014 dan berakhir pada 7 Februari 2015.

Pada Mac 2016, DB mengesahka­n dapatan dan cadangan Jawatankua­sa Tatatertib itu yang mendapati tiada sebab untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap peguam kanan itu.

Majlis Peguam kemudianny­a memfailkan rayuan menerusi saman pemula pada 11 Mac 2016, memohon untuk mengetepik­an keputusan Lembaga Tatatertib.

Bagaimanap­un, Majlis Peguam gagal dalam kesnya di Mahkamah Tinggi pada 2016 dan di Mahkamah Rayuan pada 2018.

 ??  ?? Richard Malanjum
Richard Malanjum
 ??  ?? Wong Dak Wah
Wong Dak Wah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia