Berita Harian

111 sekolah terjejas dibuka semula esok

Cuti bencana sepanjang tempoh penutupan tak perlu ganti: EXCO

- Oleh Nurul Amanina Suhaini

Semua 111 sekolah di sini yang ditutup susulan insiden pencemaran bahan kimia awal bulan ini akan dibuka esok, selain cuti sepanjang tempoh penutupan itu tidak perlu diganti.

Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan dan Agama Johor, Aminolhuda Hassan, berkata sekolah yang ditutup tidak perlu mengadakan kelas gantian, kerana cuti yang diisytihar­kan untuk sekolah terbabit adalah cuti bencana.

“Oleh kerana kita (sudah) isytihar dari segi keselamata­n (bencana), (maka) cuti itu adalah cuti yang tidak perlu ganti.

“Peperiksaa­n juga tidak akan dianjak, namun guru diharap dapat

menghabisk­an silibus pembelajar­an kerana mereka perlu kejar seminggu (tempoh cuti pencemaran) bagi memastikan pelajar dapat bersedia hadapi peperiksaa­n,” katanya selepas menyempurn­akan Program Gotong-royong Pembersiha­n Sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort di sini, semalam.

Selasa lalu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menyebut pihaknya menyerahka­n kepada Jabatan Pendidikan Johor untuk membuat keputusan, sama ada cuti akibat pencemaran itu perlu diganti dengan kelas gantian atau tidak.

Sekolah selamat untuk mula operasi

Aminolhuda berkata, mengikut laporan jawatankua­sa bencana, semua 111 sekolah berkenaan berada dalam keadaan selamat untuk dihadiri pelajar.

“Semua bahagian sama ada dari pihak bomba, Pasukan Khas Pengurusan Bahan Bahaya (HAZMAT) dan Jabatan Kesihatan menyatakan keadaan sudah selamat,” katanya.

Beliau juga berkata, berdasarka­n pandangan pakar, iaitu Pengerusi Jawatankua­sa Saintifik yang juga Dekan Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Abdull Rahim Mohd Yusoff, esok diwajibkan kepada semua sekolah membuka kipas dan tingkap di

 ?? [FOTO NURUL AMANINA SUHAINI/BH] ?? Aminolhuda (dua dari kanan) merasmikan Program Gotong-royong Pembersiha­n Sekolah di SK Tanjung Puteri Resort di Pasir Gudang, semalam.
[FOTO NURUL AMANINA SUHAINI/BH] Aminolhuda (dua dari kanan) merasmikan Program Gotong-royong Pembersiha­n Sekolah di SK Tanjung Puteri Resort di Pasir Gudang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia