Berita Harian

UUM benar pelajar kerja sambilan di kampus

-

Sintok: Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) kini diberi kebenaran untuk bekerja secara sambilan, menerusi program On Campus Jobs bagi menampung perbelanja­an sepanjang tempoh pengajian.

Selain itu, UUM juga mengambil inisiatif melancarka­n program Food Bank yang menyediaka­n makanan percuma kepada pelajarnya, bagi mengelak mereka terpaksa ‘ikat perut’ sepanjang tempoh sama.

Usaha sama KPDNHEP, syarikat swasta, PTJ

Naib Canselor UUM, Prof Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani, berkata kedua-dua inisiatif itu adalah usaha sama Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), syarikat swasta dan Pusat Tanggungja­wab (PTJ) universiti terbabit.

“Pelajar akan diberikan baucar makanan untuk mereka menggunaka­nnya di kafe Inapan Siswa (Inasis) dan juga pusat pengajian bagi mendapatka­n makanan, Manakala bagi program On-campus Jobs, pelajar dibenarkan membuat kerja sambilan di universiti pada kadar maksimum 15 jam seminggu.

“Program berkenaan akan bermula April ini dan tawaran diperluask­an kepada syarikat dan perniagaan yang beroperasi di dalam kampus UUM,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Ahmad Bashawir berkata, penganjura­n program itu menunjukka­n universiti prihatin terhadap kebajikan pelajar khususnya dari golongan B40, malah memberi peluang kepada mereka mencari wang saku dengan bekerja secara sambilan di dalam kampus.

Pelajar sambut baik inisiatif universiti

Sementara itu, pelajar di Pusat Pengajian Antarabang­sa UUM, Muhamad Firdaus Mohmmad, 22, menyambut baik inisiatif pengurusan universiti itu bagi membantu pelajar yang kurang berkemampu­an.

Beliau yakin, program yang membenarka­n pelajar bekerja sambilan di kampus dapat melatih sifat berdikari dan mendedahka­n pelajar kepada dunia kerjaya sebenar.

“Saya berharap program seperti ini diteruskan pada masa akan datang, kerana tidak semua pelajar bernasib baik dan mereka datang dari pelbagai latar belakang,” katanya.

 ?? [FOTO IHSAN UUM] ?? Ahmad Bashawir bersama sebahagian pelajar yang penerima baucar makanan di UUM, Sintok, semalam.
[FOTO IHSAN UUM] Ahmad Bashawir bersama sebahagian pelajar yang penerima baucar makanan di UUM, Sintok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia