Berita Harian

Suasana pilu iringi pengebumia­n 5 ahli keluarga

-

Bachok: Jenazah suami isteri, anak angkat serta anak saudara mereka yang maut dalam kemalangan di di Kilometer 325 Jalan Kuala Lumpur-kota Bharu, berhampira­n Kampung Jeram Besu, kelmarin selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kolam, di sini, pagi semalam.

Suasana pilu menyelubun­gi pemergian Mohd Sajury Abdullah, 63; isteri, Sobariah Haron, 54; anak angkat, Uwais Alqurney, 6; serta anak saudara mereka, Nur Ilham Najwa Rahimi, 20, yang selamat dikebumika­n sekitar jam 10 pagi.

Jenazah Mohd Sajury bersama-sama Sobariah, Uwais dan Nur Ilham Najwa, masingmasi­ng dikebumika­n dalam satu liang lahad, disaksikan kira-kira 200 ahli saudara serta penduduk kampung.

Jenazah empat ahli keluarga sebelum itu disembahya­ngkan di rumah keluarga di Kampung Mak Mayong, di sini.

Sebelum ini jenazah mereka, termasuk Muhamad Faezuan Nor Izzudin, 27 dari Hospital Raub tiba di Kampung Jelawat jam 1.10 pagi diiringi dua kereta peronda daripada Balai Polis Bachok.

Sementara itu, ibu kepada Allahyarha­m Nurul Ilham Najwa, Ramzainiah Haron, 48, berkata anaknya seorang yang baik dan membuat pelbagai perancanga­n sepanjang cuti semester di kampung.

“Arwah tamat peperiksaa­n pada 20 Mac lalu dan saya cadangkan dia menumpang ibu saudaranya yang kebetulan akan ke Kelantan, semalam (kelmarin),” katanya.

Kereta hilang kawalan

Dalam kejadian kira-kira jam 2.54 pagi kelmarin, lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak berusia enam tahun, maut selepas kereta Proton Persona yang dinaiki mereka bertembung dengan bas ekspres di Kilometer 325 Jalan Kuala Lumpur-kota Bharu, berhampira­n Kampung Jeram Besu.

Ketua Polis Daerah Raub, Superinten­dan Wan Zahari Wan Busu, berkata Proton Persona yang dinaiki semua mangsa itu dikatakan hilang kawalan memasuki laluan bertentang­an sebelum merempuh bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kota Bharu menghala ke Kuala Lumpur.

Proton Persona yang dinaiki semua mangsa itu dikatakan hilang kawalan memasuki laluan bertentang­an sebelum merempuh bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kota Bharu menghala ke Kuala Lumpur” Wan Zahari Wan Busu, Ketua Polis Daerah Raub

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia