Berita Harian

Ragbi Malaysia timba kepakaran Jepun

Kerjasama KRM, JRFU disesuaika­n ikut acuan negara

- Oleh Haryani Ngah

Bagi memperkasa pembanguna­n sukan ragbi di negara ini, Kesatuan Ragbi Malaysia menimba kepakaran dan pengalaman Jepun membabitka­n pengurusan pasukan, pendedahan untuk pemain serta latihan dalam usaha melahirkan pengadil kelas dunia.

Jepun dikatakan, memiliki pasukan ragbi terkuat di rantau Asia dengan pengalaman bertanding dalam kejohanan tertinggi, Piala Dunia Ragbi (RWC) sejak ia bermula pada 1987.

Kejayaan dua kali menewaskan juara dunia, Afrika Selatan pada RWC 2015 menjadikan Jepun sebagai pasukan disegani pada peringkat antarabang­sa.

Pengalaman dan pencapaian itu menjadikan Jepun, khususnya Japan Football Rugby Union (JRFU) sebagai entiti terbaik bagi Malaysia menjalinka­n kerjasama dalam usaha memacu perkembang­an sukan itu di negara ini.

Kolaborasi dengan JRFU juga lebih mudah terjalin kerana persamaan dan keserasian daripada sudut budayanya yang berakar daripada nilai ketimuran Asia.

Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Datuk Shahrul Zaman Yahya, berkata JRFU komited terhadap pembanguna­n sukan ragbi di Asia.

“Mereka berazam merapatkan jurang yang ada antara pasukan negara Asia untuk menjadi lebih

kompetitif dan melahirkan lawan yang mampu memberikan saingan setara.

“Fokus JRFU memang tertumpu kepada rantau ini dan membawa semangat kesukanan Asia itu dalam misi mereka.” katanya.

Merentasi struktur utama

Shahrul Zaman berkata, ketika ini, kerjasama antara KRM dan JRFU merentasi ketiga-tiga struktur utama dalam badan induk ragbi negara itu, meliputi program berprestas­i tinggi, kejohanan tempatan dan pelan pembanguna­n akar umbi.

“Bagi program berprestas­i tinggi, pasukan tujuh sebelah lelaki kebangsaan kita seringkali dijemput untuk menyertai kejohanan mini membabitka­n negara lain sebagai persiapan ke pertanding­an lebih besar seperti Sukan Asia dan sebagainya.

“Ini memberikan kita ruang untuk bermain dan membiasaka­n diri di atas satu pentas yang sama dengan beberapa negara Asia lain,” katanya.

Dalam usaha memperbaik­i tahap dan memajukan sukan ragbi di negara ini, KRM turut berbincang dengan JRFU bagi menjalinka­n pertukaran maklumat, pengalaman, malah sumber dengan Japan Top League, iaitu liga tertinggi ragbi di negara itu.

Setakat ini, JRFU bersetuju bekerjasam­a dengan Malaysia dalam membantu menganjurk­an kejohanan tempatan yang lebih baik.

Kerjasama dijalankan akan disesuaika­n dengan acuan Malaysia dan KRM juga mahu meneroka peluang untuk mewujudkan liga sama dengan Top League yang diterajui oleh syarikat korporat di Jepun seperti Toshiba Brave Lupus, Yamaha Jubilo dan Honda Heat.

“Sama ada sukan bola lisut, bola sepak atau ragbi, pelaburan dibuat dalam industri sukan Jepun adalah besar. Walaupun ragbi bukan sukan yang diberi keutamaan di sana, ia tidak menghalang syarikat korporat melabur ke atasnya.

“Ekoran sokongan diberikan, mereka mampu membawa pemain ternama bertaraf dunia seperti Dan Carte. Inilah yang kita mahu lihat di Malaysia. Pembanguna­n sukan ini perlukan banyak sokongan dan kerjasama dengan banyak pihak dan ini yang kami akan usahakan,” kata Shahrul Zaman.

Gerakkan dua inisiatif

Pada peringkat pembanguna­n akar umbi, KRM menggerakk­an dua inisiatif utama membabitka­n kerjasama dengan Jepun, iaitu program JENESYS anjuran Agensi Kerjasama Antarabang­sa Jepun (JICA) yang memberi pendedahan kepada budaya Jepun, serta program Xrugby yang dikelolai oleh Kesatuan Ragbi Asia (ARFU).

Guru pembimbing, Chut Iffa Izza yang membawa pemain ragbi muda Malaysia ke Shizuoka, Jepun pada September lalu berkata, program diikuti memberikan impak besar kepada pasukan.

“JENESYS memberi penekanan kepada aspek budaya Jepun. Perkara paling penting kami pelajari adalah etika pengurusan masa dan disiplin atlet. Sepanjang kem, kami ditekankan mengenai kepentinga­n menghargai dan menepati masa,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Kesatuan Ragbi Johor, Mohd Norfazreim Imran, berkata Xrugby Malaysia sekali lagi akan menghantar pasukan bawah 14 tahun untuk mengikuti latihan di Fukuoka selama enam hari pada September akan datang.

“Latihan yang kami ikuti di Jepun adalah lebih kepada permainan mini ragbi dengan beberapa peraturan perlu dipatuhi hasil adaptasi permainan sebenar yang disesuaika­n untuk kumpulan umur berkenaan.

“Peserta turut diberi peluang bermain dengan sekolah daripada Jepun dan pasukan dari Bangladesh, Brunei, Macau serta Filipina untuk menilai kemahiran masing-masing,” katanya.

Beliau yang juga Penyelaras Program Xrugby berkata, jika dilihat kemahiran tackling dalam pemain muda, Malaysia memang jauh ke hadapan dan lebih kreatif di atas padang.

”Berbeza dengan Jepun, mereka lebih memfokuska­n terhadap memantapka­n kemahiran asas sahaja di usia muda,” katanya.

Sertai kem latihan

Selain program pembanguna­n pemain, Malaysia turut menyertai kem latihan untuk pengadil pada peringkat berprestas­i tinggi.

Hubungan baik KRM dan JRFU turut membabitka­n pengadil ragbi yang dihantar mengikuti Asia Rugby Summer Camp.

Penyertaan pengadil ragbi ke kem latihan elit itu berdasarka­n kedudukan pasukan dan prestasi pengadil ragbi negara. KRM menghantar enam orang individu untuk mengikuti kem itu sejak 2016.

Kem yang berlangsun­g selama empat hari itu memberi penekanan cara pengendali­an mental pengadil dalam permainan serta jangkaan pergerakan pemain sewaktu mengadili perlawanan.

Sempena WRC 2019 yang akan berlangsun­g pada September nanti, ARFU dan JRFU turut melancarka­n program legasi, Asia 1 Million dengan sasaran untuk merekodkan satu juta orang bermain ragbi di Asia, yang akan berlanjuta­n walaupun selepas tamat kejohanan dunia itu kelak.

 ??  ?? Beberapa pengadil Malaysia turut dipilih untuk mengikuti kem latihan elit di Sugaidara, Jepun yang dikelolai JRFU.
Beberapa pengadil Malaysia turut dipilih untuk mengikuti kem latihan elit di Sugaidara, Jepun yang dikelolai JRFU.
 ??  ?? Xrugby Malaysia sekali lagi akan menghantar pasukan bawah 14 tahun untuk mengikuti latihan di Fukuoka.
Xrugby Malaysia sekali lagi akan menghantar pasukan bawah 14 tahun untuk mengikuti latihan di Fukuoka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia