Berita Harian

Mendiang Karpal Singh bebas daripada tuduhan hasut

-

Putrajaya: Hampir lima tahun selepas kematianny­a, Mahkamah Persekutua­n semalam, membebaska­n mendiang Karpal Singh daripada tuduhan menghasut kerana mempertika­ikan tindakan Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbudin Shah berhubung krisis perlembaga­an di negeri itu pada 2009.

Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutua­n diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim memutuskan terdapat kekhilafan perundanga­n yang serius oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, kerana kedua-dua mahkamah itu gagal menilai pembelaan dikemukaka­n bekas Pengerusi DAP itu.

“Kami berpandang­an kegagalan itu kekhilafan serius, menyebabka­n ketidakadi­lan amat nyata yang tidak boleh dipulihkan, melalui peruntukan Seksyen 92(1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964,” katanya.

Mahkamah Persekutua­n membenarka­n permohonan balu mendiang, Gurmit Kaur, 70, yang bertindak sebagai pengganti perayu dalam rayuan bagi mengetepik­an sabitan dan denda RM1,800 terhadap Karpal.

Pembelaan bersumpah

Zaharah berkata, Karpal memberikan pembelaan bersumpah dan undang-undang memperuntu­kkan supaya pembelaan itu dinilai serta dipertimba­ngkan, namun pada akhir kes pendakwaan, hakim hanya bergantung kepada penghakima­n Mahkamah Rayuan pada 2012.

Beliau berkata, pada peringkat rayuan pula, majoriti anggota panel juga gagal menilai pembelaan Karpal.

“Seperti dihujahkan peguam perayu, tiga daripada empat hakim (satu di Mahkamah Tinggi dan dua di Mahkamah Rayuan) gagal meneliti pembelaan itu,” katanya.

Yang turut bersidang, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Seri David Wong Dak Wah; Hakim Mahkamah Persekutua­n, Tan Sri Ramly Ali, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, Tan Sri Idrus Harun dan Datuk Nallini Pathmanath­an.

Karpal pada mulanya dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 2010 tanpa perlu mengemukak­an pembelaan, namun pendakwaan berjaya dalam rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan.

Dituduh pertikai kuasa Sultan

Selepas mengemukak­an pembelaan susulan perintah Mahkamah Rayuan, Karpal didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada 21 Februari 2014, atas tuduhan menghasut kerana mempertika­ikan kuasa Sultan Perak (ketika itu), Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah menyingkir­kan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2009.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di firma guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur pada 6 Februari 2009. Pada 11 Mac 2014, dia didenda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi kerana kesalahan itu dan memfailkan rayuan di Mahkamah rayuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia