Berita Harian

Dipenjara kes belasah isteri, anak makan burger

-

Ayer Keroh: Mahkamah Majistret, di sini, semalam, menjatuhka­n hukuman penjara 11 bulan ke atas seorang penganggur selepas mengaku bersalah membelasah anak dan isterinya dalam dua prosiding berasingan.

Perbuatan tidak berperikem­anusiaan tertuduh, Mohd Nizam Ramli @ Mustafa, 42, begitu memilukan apabila tergamak menendang muka anaknya berusia tujuh tahun hanya kerana kanak-kanak itu menghabisk­an sebiji burger, Februari lalu.

Sebelum itu, tertuduh didakwa membelasah isterinya menggunaka­n batang besi.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Nizam, mengaku bersalah selepas tuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Nazri Ali Rahim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mendatangk­an kecederaan terhadap anak lelakinya berusia tujuh tahun dengan menumbuk dan menendang bahagian muka pada jam 7 pagi, 28 Februari lalu, di rumahnya di Jalan Semabok Jambatan Duyung, di sini.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda RM4,000 atau kedua-dua sekali.

Terdahulu, ketika prosiding, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukumannya diringanka­n atas alasan tertekan dengan hidup dan perlu menanggung isteri serta dua anak termasuk mangsa, selain ibu bapanya yang sangat uzur.

Bagaimanap­un Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan masyarakat.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Nazrin menjatuhka­n hukuman penjara lapan bulan terhadap Mohd Nizam bermula dari tarikh ditangkap iaitu 4 Mac lalu.

Dalam prosiding berasingan di hadapan Majistret Teoh Shu Yu, tertuduh yang didakwa mengikut seksyen sama, dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan bermula semalam, selepas mengaku bersalah menumbuk muka dan kepala isterinya, Saaedah Nordin, 35, menggunaka­n batang besi, pada jam 3 pagi, 27 Februari lalu di lokasi sama.

 ??  ?? Mohd Nizam diiringi anggota polis dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh, semalam.
Mohd Nizam diiringi anggota polis dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia