Berita Harian

Lelaki dipenjara 55 tahun, 15 sebatan

-

Klang: Seorang mekanik sambilan dihukum penjara 55 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan sumbang mahram serta mencabul adiknya dua tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 25 tahun itu mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan di hadapan Hakim Datin M Kunasundar­y.

Kunasundar­y turut memerintah­kan hukuman penjara dijalankan secara berasingan mulai daripada tarikh tertuduh ditangkap pada 8 Mac lalu.

Kunasundar­y dalam penghakima­nnya berkata, tertuduh yang juga anak kedua daripada lima beradik itu diumpamaka­n sebagai harapkan pegar, pegar makan padi.

“Sepatutnya tertuduh membimbing, melindungi darah dagingnya, namun apa yang dilakukan hanya memuaskan nafsu dan perbuatan begini perlu dibendung,” katanya.

Mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan bagi kesalahan bagi pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan, iaitu memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa yang berusia 14 tahun satu hari pada Mac 2017.

Sengaja lakukan perbuatan

Bagi tiga pertuduhan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan sumbang mahram terhadap mangsa sama pada Mei, Ogos 2017 serta Julai 2018 lalu dan semua perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Sabak Bernam.

Tertuduh dihukum penjara selama 45 tahun dan 13 sebatan bagi semua pertuduhan untuk ketiga-tiga kesalahan itu.

Diperkosa sejak 6 tahun

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zahidah Abdullah memohon hukuman berat dijalankan berasingan atas alasan tidak dapat mengembali­kan kesucian mangsa.

Berdasarka­n fakta kes, mangsa mengadu pada pengetua di sekolahnya pada 8 Mac lalu dan memberi pengakuan bahawa dirinya diperkosa tertuduh sejak berusia enam tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia