Berita Harian

Luggez perintis khidmat hantar bagasi di Malaysia

Sukar urus beg ketika melancong dorong Islahudin tawar kemudahan

- Oleh Junita Mat Rasid

Pengalaman membawa banyak beg setiap kali melancong, menyebabka­n seorang pakar teknologi maklumat (IT) berusaha menyediaka­n sistem perkhidmat­an penghantar­an beg, yang membolehka­n orang ramai kini tidak perlu lagi menunggu lama di lapangan terbang.

Kemudahan yang kian mendapat sambutan dikenali sebagai Luggez itu, kini menjadi khidmat penghantar­an bagasi pertama di Malaysia dan Asia Tenggara.

Pengasasny­a yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Airevicenn­a Sdn Bhd, Islahudin Abdullah, berkata sistem yang digunakan itu memudahkan perjalanan dan kini menjadi pilihan mereka yang bercuti bersama keluarga dan berkumpula­n.

Katanya, perkhidmat­an itu juga jadi pilihan pekerja dagang atau ekspatriat dan mereka yang membawa peralatan sukan seperti set golf, basikal ataupun papan luncur air.

www.luggez.com

“Konsep yang kami gunakan adalah mudah. Pelanggan boleh menempah perkhidmat­an melalui www.luggez.com. Pelanggan boleh meninggalk­an bagasi di kaunter sejurus tiba di lapangan terbang dan kami akan menghantar bagasi, barangan dan peralatan mereka ke rumah atau ke hotel.

“Begitu juga sebaliknya, kami mengambil bagasi yang ditempah dari hotel atau rumah ke lapangan terbang. Pelanggan boleh mengambil bagasi dari kaunter kami sebaik sahaja tiba di lapangan terbang,” katanya kepada BH.

Islahudin berkata, perkhidmat­an itu membolehka­n orang ramai yang mendaftar keluar awal dari hotel, tidak perlu terus ke lapangan terbang, sebaliknya boleh menggunaka­n masa dengan sebaik-baiknya sementara menunggu masa penerbanga­n.

Katanya, berdasarka­n pengalaman yang sering ke luar negara, dia mengalami kesukaran membawa bagasi ketika membuat lawatan dan perlu mendaftar keluar awal dari hotel, sedangkan jadual penerbanga­n adalah pada waktu malam.

“Ketika itu timbul idea keperluan perkhidmat­an penghantar­an bagasi bagi mengurangk­an masalah untuk melancong.

“Perkhidmat­an ini juga tepat kerana biasanya promosi harga tiket penerbanga­n yang murah adalah pada waktu lewat malam atau awal pagi. Kita rugi masa hanya untuk mengendali­kan beg sahaja sedangkan masa yang ada boleh digunakan sepenuhnya untuk aktiviti lain,” katanya.

Islahudin berkata, perkhidmat­an Luggez juga diinsurans­kan dengan semua barangan pelanggan dilindungi insurans sepanjang tempoh penghantar­an dan penyimpana­n barang di kaunter lapangan terbang.

Bermula di Lapangan Terbang Antarabang­sa Senai (LTAS), Johor, pada Oktober lalu, Luggez kemudian beroperasi di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2 sejak Februari lalu dan kini dalam usaha beroperasi di Pulau Pinang, Sabah dan Kuching, Sarawak.

Bayaran iku saiz beg

Beliau berkata, Luggez akan memperluas­kan perkhidmat­an ke luar negara apabila dijangka mula beroperasi di Jakarta dan Surabaya di Indonesia bermula Jun ini, selain turut dalam perancanga­n bertapak di Singapura dan Australia.

Islahudin berkata, pihaknya hanya mengenakan bayaran mengikut saiz iaitu kecil, medium dan besar bermula RM35 setiap beg, selain tiada bayaran tambahan untuk berat dan jarak, selagi ia masih di kawasan khidmat Luggez.

“Kadar bayaran mengikut saiz beg bermula RM35. Ini bermula jika rumah anda di Bangi atau Rawang, kadar bayaran tetap RM35, walaupun kedudukan rumah jauh dari lapangan terbang,” katanya

Islahudin berkata, setakat ini pihaknya mengendali­kan lebih 1,200 bagasi dan juga menjalin kerjasama dengan agensi pelanconga­n, hotel serta apartmen servis, selain pada masa ini mendapat sambutan menggalakk­an daripada agensi pelanconga­n yang mengendali­kan pakej umrah.

Luggez akan memperluas­kan perkhidmat­annya ke luar negara apabila dijangka mula beroperasi di Jakarta dan Surabaya di Indonesia bermula Jun ini, selain turut dalam perancanga­n bertapak di Singapura dan Australia” Islahudin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Airevicenn­a Sdn Bhd

 ?? [FOTO SADDAM YUSOFF/BH] ?? Islahudin (kiri) bersama Pengarah Jenama dan Pemasaran Airevicenn­a yang juga duta Luggez, Irfan Khairi ketika pelancaran Luggez di Restoran Paddy, Bukit Jelutong.
[FOTO SADDAM YUSOFF/BH] Islahudin (kiri) bersama Pengarah Jenama dan Pemasaran Airevicenn­a yang juga duta Luggez, Irfan Khairi ketika pelancaran Luggez di Restoran Paddy, Bukit Jelutong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia