Berita Harian

3 amah lari didera majikan

Warga Indonesia turut dakwa tak dibayar gaji sepanjang berkhidmat

- Oleh Nor Azizah Mokhtar

Tiga wanita pembantu rumah warga Indonesia yang mendakwa menjadi mangsa deraan fizikal dan mental, termasuk tidak dibayar gaji sepanjang tempoh bekerja dengan sepasang suami isteri bergelar Tan Sri dan Puan Sri, bertindak melarikan diri dari sebuah banglo dekat Country Heights, di sini.

Ketiga-tiga mangsa berusia 25 hingga 41 tahun itu, melarikan diri secara memanjat pagar banglo terbabit, sebelum dibantu

oleh seorang lelaki tidak dikenali yang menghantar mereka ke pejabat Kedutaan Besar Republik Indonesia di ibu negara, pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata siasatan awal mendapati ketigatiga mangsa, masing-masing bekerja di banglo berkenaan di antara enam bulan hingga tujuh tahun.

Dilayan dengan kasar

“Tiga wanita terbabit mendakwa mereka dilayan dengan kasar dan pernah dipukul secara ditampar serta ditumbuk, selain gaji tidak dibayar sepanjang bekerja di situ.

“Mereka turut mendakwa tidak dibenarkan pulang ke Indonesia, selain pasport mereka disimpan oleh majikan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ahmad Dzaffir berkata, susulan kejadian berkenaan, Kedutaan Indonesia membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di ibu negara, bagi membolehka­n pihak berkuasa menjalanka­n siasatan terhadap dakwaan yang dibuat tiga warga negaranya itu.

“Susulan laporan diterima, polis melakukan pemeriksaa­n di banglo berkenaan sebelum merampas dua pasport serta ikad pekerja asing milik mangsa yang disimpan setiausaha suspek.

“Ketiga-tiga mangsa kini sudah dihantar ke rumah perlindung­an selepas kita memperoleh Perintah Perlindung­an Sementara (IPO) daripada Majistret Kajang,” katanya.

Tiada kecederaan fizikal, mental atau seksual

Beliau berkata, katanya, mereka juga dihantar ke Klinik Kesihatan Kajang untuk pemeriksaa­n doktor dan hasil pemeriksaa­n pegawai perubatan mendapati ketiga-tiga mangsa tiada kecederaan fizikal, mental atau seksual.

Menurut Mohd Dzaffir, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran (ATIPSOM) 2007.

Mereka turut mendakwa tidak dibenarkan pulang ke Indonesia, selain pasport mereka disimpan oleh majikan terbabit” Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, Ketua Polis Daerah Kajang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia