Berita Harian

Tiga ditahan kes curi sarang burung RM112,000

-

Kulim: Tiga lelaki ditahan polis, kira-kira lima jam selepas mereka memecah masuk dan melarikan sarang burung bernilai lebih RM112,000 dari premis jualannya dekat Sungai Karangan di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.50 pagi itu, pemilik premis berusia 37 tahun menyedari kecurian itu apabila dihubungi pekerjanya selepas menemui kesan umpil pada pintu kaca, selain beberapa kotak sarang burung turut hilang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superinten­dan Safuan Md Noor, berkata siasatan pihaknya mendapati suspek mencuri 59 kotak sarang burung pelbagai saiz bernilai RM112,475 bersama satu walkie talkie milik mangsa.

“Hasil pemeriksaa­n melalui kamera litar tertutup (CCTV) mendapati tiga lelaki 24 hingga 31 tahun memakai topeng penutup mulut mengumpil pintu dengan menggunaka­n kuku kambing.

Rompak guna kereta pinjam

“Siasatan mendapati suspek ke situ dengan menaiki sebuah kereta Perodua Viva yang dipinjam daripada seorang wanita untuk melakukan kegiatan itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Safuan berkata, pemeriksaa­n lanjut terhadap premis itu menemui lima kesan cap jari sebelum usaha mengesan suspek dijalankan.

“Suspek ditahan kira-kira jam 5.30 petang semalam oleh pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim.

Rekod jenayah lampau

“Siasatan mendapati seorang daripada suspek memiliki rekod jenayah lampau membabitka­n kes pecah bangunan dan samun.

“Manakala seorang lagi memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah, Seksyen 7 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya.

Safuan berkata, beberapa kotak sarang burung turut ditemui semula dan semua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Hasil pemeriksaa­n melalui CCTV mendapati tiga lelaki 24 hingga 31 tahun memakai topeng penutup mulut mengumpil pintu dengan menggunaka­n kuku kambing” Safuan Md Noor, Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia