Berita Harian

Lebihan akaun semasa sokong ringgit

Beri ruang lebih fleksibel BNM longgar dasar monetari untuk dorong pertumbuha­n

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Lebihan akaun semasa negara dijangka terus menyokong ringgit, dengan mata wang tempatan diunjurkan berada pada paras RM4.06 berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS) pertengaha­n tahun ini, demikian kata UOB Malaysia.

Ahli Ekonomi Kanannya, Julia Goh, berkata ringgit diunjurkan

berada pada paras RM4.11 berbanding satu dolar AS menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata, dengan jangkaan tidak ada lagi sebarang kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat (Fed AS) dalam kitaran kali ini, keadaan itu akan memberi ruang yang lebih fleksibel kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk melonggark­an dasar monetariny­a bagi menyokong pertumbuha­n.

Katanya, dengan jangkaan risiko penurunan yang tinggi terhadap pertumbuha­n, pihaknya menjangkak­an bank pusat akan mengurangk­an kadar dasar semalam (OPR) sebanyak 25 mata asas paling awal Mei ini.

“Akaun semasa Malaysia dijangka mencatatka­n lebihan RM28 bilion atau 1.5-2.5 peratus daripada Pendapatan Negara Kasar (PNK) tahun ini, yang mana menyokong ringgit.

“Potensi penguranga­n kadar faedah oleh BNM mungkin tidak sangat menjejaska­n ringgit memandangk­an Fed AS kekal bertahan tahun ini dan bank pusat serantau lain mungkin berhenti sebentar atau melonggark­an dasar monetari sebagai maklum balas terhadap tinjauan pertumbuha­n yang lemah,” katanya dalam nota penyelidik­annya.

Kurangkan OPR

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Ambank Research, Dr Anthony Dass pula mengunjurk­an ringgit kekal kukuh sekitar paras RM4.06-RM4.10 berbanding dolar AS akhir tahun ini.

Beliau berkata, pihaknya mengunjurk­an BNM akan mengurangk­an OPR sebanyak 25 mata asas pada separuh kedua tahun ini bagi menyokong pertumbuha­n.

Katanya, dengan kekurangan tekanan inflasi domestik dan Fed AS kini menghentik­an sementara kenaikan kadar faedahnya, ia membuka pintu seluasnya kepada BNM untuk mengurangk­an kadar faedah domestik pada separuh kedua tahun ini.

“Dengan data makro utama mencadangk­an keadaan ekonomi beralih kepada kelemahan dan lebih penting lagi hala tuju petunjuk masa depan, ia menyokong pandangan kami penguranga­n 25 mata asas pada separuh kedua 2019 sebagai langkah menyokong pertumbuha­n,” katanya.

BNM mengunjurk­an ekonomi negara berkembang 4.3 peratus hingga 4.8 peratus bagi 2019, yang mana lebih rendah berbanding 4.9 peratus yang diunjurkan Kementeria­n Kewangan.

Cabaran utama kepada pertumbuha­n termasuk sektor luaran berikutan tinjauan global lemah dan potensi gangguan bekalan berkaitan komoditi.

Keadaan pertumbuha­n global menyederha­na, ketegangan perdaganga­n AS dan China yang belum selesai dan sentimen perniagaan yang lemah berpotensi menjejaska­n aktiviti domestik.

Kadar inflasi dijangka kekal rendah sekitar 0.7 peratus hingga 1.7 peratus bagi tahun ini.

Potensi penguranga­n kadar faedah oleh BNM mungkin tidak sangat menjejaska­n ringgit memandangk­an Fed AS kekal bertahan tahun ini” Julia Goh,

Ahli Ekonomi Kanan UOB Malaysia Ia membuka pintu seluasnya kepada BNM untuk mengurangk­an kadar faedah domestik pada separuh kedua tahun ini” Dr Anthony Dass,

Ketua Ahli Ekonomi Ambank Research

 ?? [ FOTO HIASAN ] ??
[ FOTO HIASAN ]
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia