Berita Harian

MINYAK SAWIT

Paras inventori Indonesia dijangka susut

- Oleh Bisnes NSTP

Paras inventori minyak sawit Indonesia dijangka susut secara beransuran­sur, menurut Affin Hwang Capital.

Firma itu berkata, perkembang­an itu mampu meningkatk­an harga minyak sawit mentah (MSM) kepada RM2,400 satu tan

tahun ini daripada RM2,232 satu tan pada 2018 dan memberikan manfaat kepada peladang Malaysia dan Indonesia.

Berdasarka­n tinjauan Reuters, hasil minyak sawit Indonesia meningkat pada Februari, manakala eksport dilihat lebih rendah berbanding bulan sebelumnya.

Hasil minyak sawit di negara pengeluar utama minyak sawit, Indonesia berada pada 3.80 juta tan pada Februari daripada 3.60 juta tan pada bulan sebelumnya, berdasarka­n keputusan median daripada tinjauan yang dijalankan oleh dua kumpulan minyak sawit dan firma penyelidik­an sawit negara.

Eksport daripada pengeluar sawit terbesar dunia itu juga dianggarka­n sekitar 2.88 juta tan bulan lalu berbanding 3.05 juta tan pada Januari.

“Di Malaysia, kami menjangka paras inventori minyak sawit Indonesia akan susut secara beransur-ansur dengan eksport dan penggunaan produk minyak sawit yang lebih tinggi,” menurut Affin Hwang dalam satu laporan selepas lawatannya ke ladang sawit milik Genting Plantation Bhd di Kalimantan Barat, baru-baru ini.

Menilai prospek

Firma berkenaan juga melawat agensi tempatan untuk mendapatka­n kemas kini mengenai program biodiesel Indonesia dan syarikat perladanga­n tempatan.

Affin Hwang berkata, sasaran utamanya adalah untuk menilai prospek industri perladanga­n Indonesia memandangk­an negara berkenaan membekalka­n 57 peratus daripada minyak sawit global tahun lalu.

“Inisiatif biodiesel B20 kerajaan Indonesia membantu mencipta permintaan mapan bagi minyak sawit dan berjaya menyerap minyak sawit yang dikeluarka­n pada peringkat domestik bagi ‘biofuel’,” tambahnya.

Affin Hwang berkata, Genting Plantation mempunyai simpanan tanah berjumlah 64,600 hektar di Malaysia dan 183,000 hektar di Indonesia termasukla­h skim plasma.

Skim berkenaan adalah inisiatif kerajaan Indonesia untuk menggalakk­an pemilik ladang di negara berkenaan menyediaka­n bantuan ekonomi dan sosial kepada penduduk kampung di sekitarnya.

Syarikat berkenaan juga mempunyai tujuh kilang minyak sawit di Malaysia dan empat di Indonesia.

 ??  ??
 ?? [ FOTO HIASAN ] ??
[ FOTO HIASAN ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia