Berita Harian

Syarikat AP tidak patuh syarat: MITI

-

Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) akan melaksanak­an penyemakan profil 36 syarikat yang sudah diberikan kelulusan di bawah Dasar Baharu Lesen Import (AP) Terbuka bagi memastikan syarat dasar itu masih dipatuhi.

Timbalan Menterinya, Dr Ong Kian Ming, berkata terdapat aduan diterima bahawa sebilangan syarikat baharu tidak mematuhi syarat sebagai syarikat AP Terbuka di bawah dasar baharu yang ditetapkan MITI.

“Beberapa aduan dan laporan diterima MITI bahawa terdapat syarikat baharu ini yang tidak mematuhi syarat berkenaan seperti tidak mempunyai keupayaan kewangan dan tiada pengalaman dalam penjualan dan pengedaran kenderaan.

“Di samping itu, terdapat juga aduan syarikat ini sudah mempunyai perancanga­n untuk menjual AP yang diperuntuk­kan kepada pihak ketiga,” kata Kian Meng dalam kenyataan, semalam.

Dokumen, maklumat, lesen berkaitan dan penyata kewangan bagi 2015 sehingga 2018 perlu dikemukaka­n kepada MITI dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh surat itu dikeluarka­n kementeria­n itu.

“Kegagalan syarikat untuk memberi kerjasama dan mengemukak­an dokumen itu dalam tempoh yang ditetapkan boleh menjejaska­n sebarang permohonan AP oleh syarikat itu pada masa depan.

“Siasatan juga akan dilaksanak­an melalui audit berperingk­at ke atas syarikat sedia ada bagi memastikan syarat-syarat sebagai syarikat AP Terbuka di bawah dasar baharu telah dipatuhi,” kata Ong. BERNAMA

Terdapat juga aduan syarikat ini ada perancanga­n untuk jual AP kepada pihak ketiga” Ong Kian Ming, Timbalan Menteri Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia