Berita Harian

Malaysia perkenal bank maya pertama

-

Kuala Lumpur: Kalangan penggiat industri teknologi kewangan (fintech) optimis terhadap kemampuan Malaysia untuk memulakan revolusi perbankan maya termasuk memperkena­lkan bank seumpamany­a atau bank neo seawal suku ketiga 2020.

Ia susulan pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini yang menyasarka­n untuk mengeluark­an keperluan lesen perbankan maya menjelang akhir tahun ini.

Diarus sumber berpengala­man

Mengikut Persatuan Fintech Malaysia (FAOM), rasa optimis itu berdasarka­n pengalaman daripada pelbagai bidang kuasa lain, perkongsia­n maklumat daripada lebih 50 bank maya sedia ada serta minat pelbagai pihak dalam industri itu.

“Kami percaya BNM menekankan kepentinga­n untuk mewujudkan industri perbankan yang moden, inovatif dan dipacu teknologi, namun pada masa sama matang dan diuruskan oleh sumber berpengala­man. Malah, inilah antara komponen utama bagi ekonomi digital Malaysia serta ciri untuk muncul sebagai negara berpendapa­tan tinggi,” demikian menurut FAOM dalam e-mel kepada Bernama semalam.

Ditanya kewajaran BNM memperkena­lkan peraturan itu menjelang akhir 2019, persatuan itu menyokong tindakan itu kerana Malaysia perlu meningkatk­an usaha agar seiring dengan Eropah, Amerika Syarikat (AS), Australia serta Hong Kong yang meluluskan penubuhan bank neo itu di peringkat masing-masing.

“Ya sudah tiba masanya untuk bank pusat itu mengambil langkah itu dengan mengambil kira aspek kematangan dan pemahaman teknologi perbankan BNM serta kemampuan bakat fintech Malaysia yang menjadi pemangkin bagi agenda ekonomi digital negara, katanya,”. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia